Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Rendah Yuhua, Sekolah Tinggi Katholik, CHIJ Katong positif Covid-19

May 18, 2021 | 11:27 PM



TIGA murid sekolah rendah diuji positif Covid-19 melalui sumber jangkitan yang berlaku di luar perkarangan sekolah.



Mereka adalah pelajar Sekolah Rendah Yuhua, Sekolah Tinggi Katholik (Peringkat Rendah) dan Sekolah Rendah CHIJ (Katong).



Ini didedahkan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Selasa malam (18 Mei).



Memberi butiran lanjut mengenai kes-kes itu, MOE berkata pelajar Sekolah Rendah Yuhua itu disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei dan kali terakhir berada di sekolah itu pada 14 Mei dalam keadaan sihat.



Dia kemudian dikuarantin kerana salah seorang anggota isi rumahnya disahkan positif pada 14 Mei.



Semua kontak rapatnya di sekolah itu akan dikenakan perintah kuarantin dan perlu menjalani ujian swab PCR Covid-19.



Dalam pada itu, MOE menambah kes pelajar Sekolah Tinggi Katholik (Rendah) itu berkait dengan kes di Pusat Tuisyen Learning Point (Parkway Centre). Dia disahkan positif koronavirus pada 17 Mei dan kali terakhir berada di sekolah dalam keadaan sihat pada 12 Mei.



Namun, dia dikuarantin mulai 12 Mei juga kerana menghadiri kelas yang dikendalikan guru tuisyen privet di Pusat Tuisyen Learning Point (Parkway Centre). Semua kontak rapatnya di sekolah itu dikenakan perintah kuarantin dan perlu menjalani ujian swab PCR Covid-19.



Berhubung dengan kes pelajar Sekolah Rendah CHIJ (Katong) yang didapati positif Covid-19 pada 17 Mei, ia berkait dengan Pusat Jagaan Pelajar Seedlings World@Frankel.



Kali terakhir pelajar ini berada di sekolah adalah pada 11 Mei. Dia berada dalam keadaan sihat tetapi dikuarantin mulai 14 Mei kerana berada dalam pusat jagaan pelajar Seedlings World@Frankel yang sama dengan kes Covid-19 yang merupakan pelajar Sekolah St Stephen.



Memandangkan pelajar ini diasingkan sewaktu tempoh virusnya mudah menjangkiti, tiada kontak rapat di sekolahnya yang perlu menjalni perintah kuarantin.



Menurut MOE, Sekolah Rendah Yuhua telah memulakan pembelajaran di rumah (HBL) manakala Sekolah Tinggi Katholik (Peringkat Rendah) dan Sekolah Rendah CHIJ (Katong) akan memulakan HBL pada Rabu (19 Mei),



Melepasi langkah pengurusan selamat yang sedia ada, sekolah yang terjejas ini akan melaksanakan langkah tambahan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangannya di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan dan mencegah wujudnya kelompok di sekolah-sekolah ini.



Langkah yang diambil termasuk membersihkan dan menyahjangkitkan premis sekolah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >