Pelakon Rui En didakwa pandu secara cuai, dijangka mengaku salah

PELAKON televisyen Rui En didakwa memandu secara cuai pada Rabu (22 Jun).

Pelakon berusia 35 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah dia berhasrat mengaku bersalah.

Kesnya ditangguhkan ke 1 Julai.

Dia dituduh gagal mengawal keretanya ketika memandu ke tempat letak kereta di Blok 331 Clementi Avenue 2 pada kira-kira 4.15 petang 12 April lalu.

Akibatnya, kereta itu terbabas menaiki bebendul jalan dan melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di situ.

Rui En, yang diiringi ke mahkamah oleh dua wanita, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Dia memakai baju putih dengan jaket putih dan memakai tali pinggang Hermes H, seluar hitam dan kasut Valentino, serta membawa beg tangan Hermes Lindy.

Di luar mahkamah, artis Hype Records itu memberitahu pemberita dia tidak berhasrat mendapatkan peguam. Sebagai respons kepada pertanyaan wartawan, dia hanya akan berkata dalam bahasa Mandarin: "Terima kasih bagi semua kebimbangan anda."

Pemilik motosikal itu, Encik Bahrom Sarmiten, 52 tahun, memberitahu media sebelum ini bahawa beliau sedang berjalan ke tempat letak kereta itu apabila beliau melihat sebuah kereta BMW hitam melanggar kenderaannya.

Menurut Encik Bahrom, pemandu wanita itu bertanya kepadanya: "Awak tahu siapa saya?"

Run En telah meminta maaf bagi kenyataannya itu, dan menjelas dia cuba memberitahu Encik Bahrom bahawa dia "tinggal di atas (di blok itu) dan tidak akan lari".

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.