Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain bola sepak muda terima biasiswa sebelum keputusan PSLE

Nov 23, 2023 | 05:30 AM



Sedang murid-murid lain sibuk membuat pilihan sekolah menengah berdasarkan keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang diumumkan pada Rabu, Isyraf Khan Fhirhad tidak perlu ragu atau bimbang.

Pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong itu menerima biasiswa SJI International-Lion City Sailors Elite Development yang hanya diberikan kepada lima pelajar sahaja pada 2023.


Program biasiswa itu diberikan kepada bakat bola sepak Singapura agar mereka dapat mengejar kecemerlangan akademik di St Joseph’s Institution International dan juga sukan di Akademi Bola Sepak Lion City Sailors (LCS).

Isyraf, 12 tahun, bukan sahaja berbakat dalam bermain bola sepak bahkan cemerlang dalam mengurus dan memanfaatkan masanya – mengimbangi waktu untuk berlatih bersama pasukan sekolah rendahnya, Akademi LCS, menghadiri kurikulum sekolah, kelas tambahan dan juga kelas agama.

Ketika ditanya tentang apa yang gemar dilakukan apabila mempunyai kelapangan waktu, Isyraf berkongsi dengan Berita Harian (BH):


“Saya suka gaming. Kadangkala saya mempunyai waktu pada Sabtu petang dan itulah masa untuk saya bermain game.”


Pada awal 2023, Isyraf menjadi contoh teladan kepada pasukannya ketika bertanding di Kejohanan Zon Timur, Kategori Lelaki.

Dia mempamerkan bakat dan semangat gigih sepanjang kejohanan itu, terutama apabila kapten dan pemain pertahanan pasukannya tidak dapat bermain sama.

Tanpa ragu-ragu, Isyraf mengambil alih posisi mereka walaupun dia seorang pemain midfield.


Isyraf juga menyatakan hasratnya ingin mewakili pasukan Singapura di padang antarabangsa satu hari kelak.

“Idola saya ialah Cristiano Ronaldo. Pada Jun lalu, saya berkesempatan bertemu Ronaldo semasa beliau ke Singapura,” katanya.

“Saya amat terharu sehingga mengalirkan air mata. Ronaldo perasan saya menangis dan kami sempat bergambar,” tambahnya lagi.

Ronaldo berkunjung ke sini pada 3 Jun lalu bagi menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim sempena acara hujung minggu, #BeSIUPER.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >