Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suruhanjaya Siasatan Rusuhan Litte India

Pemandu bas putuskan enggan bawa penumpang mabuk sejak 2 tahun lalu

Feb 20, 2014 | 04:19 PM



PEMANDU bas yang membawa pekerja asing dari Little India ke asrama pada hujung minggu telah bersepakat untuk tidak mengambil penumpang yang mabuk sejak dua tahun lalu.


Menurut penjaga masa bas yang terlibat dalam nahas jalan raya yang mencetus rusuhan di Little India Disember lalu, Cik Wong Geck Woon, keputusan itu diambil menyusuli beberapa kejadian melibatkan penumpang mabuk dalam bas sebelum itu.


Cik Wong, 38 tahun, yang memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam sidang Jawatankuasa Siasatan (COI) hari ini, berkata, insiden itu termasuk pekerja asing mabuk yang buang air kecil dan muntah dalam bas.


"Namun pada asasnya, terpulang pada pemandu itu sendiri sama ada untuk membenarkan penumpang mabuk naik bas atau tidak," katanya.


Selain Cik Wong, pemandu bas yang melanggar seorang lelaki warga India yang terkorban dalam nahas jalan raya itu, Encik Lee Kim Huat, 55 tahun, turut memberi keterangan sebagai saksi.


Beliau menerangkan bagaimana beliau dan Cik Wong diserang sekumpulan pekerja asing selepas beliau turun melihat keadaan lelaki yang dilanggarnya itu.


"Mereka cuba masuk bas (di mana Cik Wong dan Encik Lee bersembunyi) tetapi tak boleh buka pintu. Mereka kemudian campak barang seperti batu, pasu, penutup longkang besi, botol bir, tong sampah ke arah bas," katanya sambil menambah, dua pekerja asing berjaya masuk bas itu akhirnya menerusi tingkap sebelah pemandu yang telah dipecahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >