Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu ‘elak’ kerja tempoh sibuk sumbang kesukaran dapat khidmat PHV

Antara sebab permintaan bagi khidmat kereta sewa privet kekal tinggi sepanjang waktu sibuk
Oct 01, 2023 | 05:32 AM



Pemandu kereta sewa privet (PHV) yang memilih untuk tidak bekerja semasa waktu sibuk mungkin menyumbang kepada kesukaran orang ramai mendapatkan khidmat tersebut pada masa-masa tertentu kebelakangan ini.

Beberapa pemandu yang dihubungi Berita Minggu (BM) berkata mereka memilih untuk tidak memandu semasa waktu sibuk kerana mempunyai urusan peribadi untuk diuruskan, seperti menghantar anak ke sekolah atau isteri ke tempat kerja.


Seorang pemandu malah berkongsi bahawa dalam kumpulan lebih 20 pemandu PHV yang dianggotainya, sekitar 25 peratus tidak dapat memandu pada waktu sibuk disebabkan oleh urusan peribadi yang perlu dibereskan.

“Saya antara mereka yang tidak dapat keluar memandu lebih awal kerana perlu menghantar anak ke sekolah. Jadi walaupun ada ramai pemandu PHV kini, ada segelintir yang mempunyai urusan peribadi dan tidak dapat memandu pada waktu sibuk pagi. Ini mungkin menjelaskan mengapa permintaan bagi khidmat PHV adalah tinggi sepanjang masa dalam tempoh tersebut,” kata Encik Muhammad Fadzli Amidon, 37 tahun, yang telah memandu PHV sejak 2019.

Sebab lain mengapa sukar bagi orang ramai mendapatkan khidmat PHV termasuk pemandu PHV menggunakan kenderaan mereka untuk perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan, menerima tempahan pengangkutan di luar aplikasi platform PHV seperti untuk membawa pelancong dari hotel ke lapangan terbang, dan keengganan menerima tempahan dengan tambang yang mereka anggap tidak berpatutan, menurut beberapa pemandu yang dihubungi wartawan.

Perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bahawa jumlah perjalanan setiap hari secara purata dalam sektor perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P) telah meningkat sebanyak 18.6 peratus daripada 517,000 pada 2020 kepada 613,000 pada Julai 2023.

Pemandu yang aktif dalam sektor P2P dalam separuh pertama 2023 juga telah meningkat berbanding suku terakhir 2022, namun pada kadar yang rendah sedikit sekitar 15 peratus.

Peningkatan itu datang daripada jumlah pemandu PHV yang telah naik lebih 15 peratus kepada sekitar 42,000 orang sedang jumlah pemandu teksi yang aktif kekal stabil pada 21,000 pemandu.

Isu ketersediaan kenderaan PHV dan teksi di jalan raya telah menjadi semakin genting hingga LTA baru-baru ini mengumumkan ia sedang menyemak cara pengendali teksi dan khidmat PHV menjalankan perniagaan.

Semakan itu antara lain akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kestabilan bekalan teksi dan khidmat PHV, seperti semasa waktu lewat malam apabila terdapat kekurangan khidmat sedemikian.

Semakan itu dijangka selesai dalam suku kedua 2024.

Profesor Madya Walter Theseira, pakar ekonomi pengangkutan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berkata masalah kesukaran mendapatkan khidmat PHV pada waktu sibuk itu pada asasnya disebabkan oleh pendapatan keseluruhan tidak cukup tinggi untuk mendorong penyediaan bekalan PHV yang lebih besar pada waktu sibuk.

“Ia tidak semudah hanya membayar harga tinggi pada waktu sibuk. Kos kenderaan dan pemandu juga perlu ditanggung sepanjang baki hari juga, jadi hanya tambang waktu sibuk yang tinggi sahaja tidak akan mewujudkan bekalan tambahan yang cukup banyak,” katanya.

Pemandu PHV yang dihubungi BM juga berharap satu huraian berhubung tambang dapat segera dicapai bagi mendorong lebih ramai keluar memandu pada waktu sibuk.


Mereka berharap semakan itu tidak akan membawa kepada penetapan syarat tentang jumlah perjalanan atau masa memandu yang mereka perlu capai dalam sehari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >