Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Ibarat sesi MMA’, kata netizen

Pemandu teksi dan pengguna PMD gaduh guna buku lima dan mop

Aug 02, 2023 | 10:53 AM



Dua lelaki yang dipercayai merupakan seorang pemandu teksi dan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) telah bergaduh dan saling bertumbuk di sebuah tempat meletak kereta estet HDB.

Malah, salah seorang daripada mereka dilihat menggunakan mop dalam video yang dirakam itu.

Video yang dimuat naik pada Selasa (1 Ogos) itu dipercayai dirakam oleh seorang penduduk blok kawasan itu.

Teksi berwarna biru itu kelihatan telah berhenti setengah jalan dari tempat meletak kereta dan PMD berada berdekatannya.







Menurut suara latar yang memberi komentar sepanjang rakaman video tersebut, ia dipercayai bahawa teksi itu sedang berundur dan terlanggar PMD tersebut yang berada di laluannya.

Sebelum aksi tumbuk-menumbuk itu, terdengar jeritan yang kurang jelas antara kedua-dua pihak itu.

Pengguna PMD yang berbaju corak kotak, dan dilihat berjalan tempang kemudian membawa mop lalu menuju ke arah pemandu teksi itu.

Ini setelah pengguna PMD itu tidak kelihatan dan muncul semula dari kolong blok dengan membawa mop dalam satu tangan.

Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian cuba untuk campur tangan dan menghalang pengguna PMD itu tetapi lelaki tersebut menolaknya ke tepi.

Pengguna PMD itu kemudian menghayunkan mop itu ke arah pemandu teksi yang dapat menghalangnya dengan lengan kiri.

Pada waktu itu, mereka yang berada di tempat kejadian tidak lagi masuk campur dan menyaksikan kedua-dua lelaki itu saling bertumbukan.

Pengguna PMD itu jatuh dahulu sambil ditumbuk dan pemandu teksi itu juga turut terjatuh setelah itu.

Tidak lama kemudian, beberapa pejalan kaki campur tangan dalam pertelingkahan itu dan cuba menenangkan kedua-dua pihak.

Ramai warganet mengutuk kedua-dua lelaki yang “berusia” itu kerana bergaduh, tetapi memuji pihak yang merakam video itu atas ulasan mereka yang membawa gelak ketawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >