Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemergian mantan penasihat Perkumpulan Seni kehilangan besar bagi masyarakat Melayu

Oct 26, 2023 | 04:00 PM



Tidak ramai aktivis seni yang pernah berurusan dengannya tahu mantan penasihat Perkumpulan Seni, Encik Hamim Hassan, yang pernah memimpin kumpulan kegiatan seni dan budaya Melayu itu, mengharungi tempoh mencabar dengan penyakit barah.

Justeru, apabila berita mengenai pemergiannya pada Selasa lalu dimuat naik beberapa individu di Facebook, rasa terkejut di hati. Lantas, kehilangan seseorang yang banyak berbakti mengendalikan dan menganjurkan acara seni selama berdekad lamanya terasa.

Encik Hamim, 76 tahun, dikenali dengan panggilan ‘Uncle Hamim’ dalam kalangan penggiat seni dan pemimpin masyarakat yang lebih muda seperti Ketua Satu Perkumpulan Seni, Encik Irsadi Munaris.

“Saya ingat lagi beliau panggil saya Boy. Dari umur saya tujuh tahun semasa saya baru sahaja memasuki Perkumpulan Seni, sampai sekarang usia saya hampir 40 tahun, beliau masih panggil saya Boy. Saya kenalinya pula sebagai Uncle Hamim,” kata Encik Irsadi ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Jelasnya lagi: “Dahulu, ayah saya Ketua Dua dan Uncle Hamim Ketua Satu. Kedua belah keluarga kami sangat rapat. Beliau melihat saya membesar”, kata Encik Irsadi juga.

Menurutnya, Encik Hamim yang menjadi Ketua Dua Perkumpulan Seni berundur setelah menggalas amanahnya selama beberapa tahun bagi menjadi penasihat selama dua penggal atau empat tahun.

Encik Hamim juga ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Cairnhill (Cairnhill CMCC), yang telah dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat pada 2006. Beliau juga pernah aktif di Majlis Pusat sebagai Setiausaha Kewangan.

Ramai juga yang mengenalinya sebagai mantan pengarah urusan syarikat pengendali jenazah, Singapore Muslim Casket.

Hantaran yang menusuk kalbu di Facebook ditulis anak saudara Encik Hamim, Encik Fazlur Rahman Kamsani, Pengerusi Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kembangan-Chai Chee.

“Langit kelabu & hujan menggambarkan kesedihan atas pemergian bapa saudara saya, Almarhum Haji Hamim Hassan yang dikasihi.”

Sewaktu dihubungi BH, Encik Fazlur Rahman menyatakan beliau mengingati bapa saudaranya itu sebagai seorang penggiat seni yang berdedikasi.

“Usaha beliau membangunkan budaya dan tradisi Melayu serta keinginannya untuk memupuk nilai kemelayuan dalam golongan muda kita merupakan sumber inspirasi yang besar buat saya.

“Beliau sering menasihati saya agar berkongsi nilai kemelayuan, ciri-ciri tradisi bangsa Melayu supaya generasi muda tidak lupa tentang amanah mereka. Seingat saya beliau giat dalam persada seni, terutama sekali bidang tarian,” ujar Encik Fazlur Rahman lagi.

Sebagai mantan pemimpin dan penasihat, Allahyarham digambarkan sebagai seorang yang disegani, sangat baik hati dan tidak lokek berkongsi ilmu oleh Setiausaha Perkumpulan Seni, Cik Zarina Munaris, di media sosial.

Kehilangannya amat terasa bukan sahaja dalam persada seni tempatan tetapi juga dalam kalangan masyarakat Melayu.

Encik Hamim meninggalkan seorang balu, seorang anak perempuan dan dua cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >