Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah bidas TR Emeritus 'bohong terang-terangan' bahawa pembayar cukai bayar bil perubatan Heng Swee Keat

Jun 07, 2016 | 08:15 AM



PEMERINTAH berkata laman web sosiopolitik TR Emeritus (TRE) melakukan "pembohongan terang-terangan" dalam satu laporan dalam taliannya bahawa perbelanjaan perubatan Menteri Kewangan Heng Swee Keat dibiayai oleh pembayar cukai.



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Gov.sg sejurus selepas tengah malam pada Selasa (7 Jun), pemerintah berkata TRE "sekali lagi cuba mengelirukan orang ramai".



Ia berkata TRE berbuat demikian dengan menyiarkan "dakwaan jahat bahawa seorang Menteri Kabinet "berhak sepenuhnya mendapat penjagaan kesihatan Kelas A percuma di hospital pemerintah dan yang disusun semula", memberi gambaran perbelanjaan perubatan Menteri Heng Swee Keat sedang dibiayai oleh pembayar cukai".



"Ini satu pembohongan terang-terangan," kata kenyataan itu.



Encik Heng, 54 tahun, rebah semasa mesyuarat Kabinet pada 12 Mei selepas mengalami strok. Beliau dihantar ke Hospital Tan Tock Seng di mana doktor berjaya menutup aneurisme yang pecah, yang menyebabkan pendarahan di dalam otak.



Artikel TRE itu, diterbitkan pada Isnin (6 Jun) dan dinyatakan sebagai komen daripada pembaca, berkata kos kepada pembayar cukai bagi kemasukkan ke hospital itu, rawatan perubatan, prosedur dan perkhidmatan setakat ini akan berjumlah hampir $500,000.



Ia berkata Encik Heng akan "dikelilingi sepanjang masa oleh pakar neurologi Konsultan Kanan bertaraf Profesor dan A/Profesor, pemeriksaan harian oleh pakar lain, doktor, jururawat amalan maju, dan satu pasukan pengawal peribadi yang bergilir-gilir".



"Ini bermakna bil itu akan berjumlah sekurang-kurangnya $15,000 sehari yang sebenarnya dibiayai oleh wang pembayar cukai. Telah 25 hari berlalu sejak dimasukkan ke hospital pada 6 Jun 2016," tambah TRE.



"Bilik harian, makanan dan penginapan dan perkhidmatan perubatan saja membuat pembayar cukai menangung kos $375,000. Pembedahan pada hari pertama untuk menghentikan pendarahan otak dan prosedur intensif yang disertakan akan berjumlah sekurang-kurangnya lagi $100,000."



Ia bertanya apakah warga biasa Singapura mampu menanggung bayaran sebanyak itu dan kemudian menambah: "Oleh itu, tidak perlu memberi beliau ucapan selamat."



Dalam kenyataannya, pemerintah berkata jika TRE mengambil peduli untuk menyemak fakta-fakta, ia akan tahu bahawa menteri berada di bawah skim faedah perubatan yang sama - skim Medisave dengan Pesakit Luar Bersubsidi (MSO) - dengan kebanyakan kakitangan awam.



Pegawai di bawah skim itu mendapat sumbangan CPF sebanyak 2 peratus kepada akaun Medisave mereka yang dihadkan pada $2,380 setiap tahun melebihi sumbangan Medisave berkanun biasa mereka, kata kenyataan itu.



Ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli Medishield Hayat atau pelan insurans mudah alih lain yang diluluskan Medisave bagi menampung keperluan rawatan dalam hospital.



"Menteri tidak menerima manfaat tambahan bagi diri mereka sendiri atau pasangan/anak mereka. Semua menteri dan pemegang jawatan politik lain membayar cukai."



Menurut kenyataan itu, rawatan hospital Encik Heng "sangat pasti tidak ditanggung oleh wang pembayar cukai"



Artikel TRE juga terkandung satu Nota Editor, yang berkata editor laman web itu mengucapkan selamat kepada Encik Heng.



Tetapi nota itu berkata editor tersebut memutuskan mengeluarkan "surat" daripada seorang penyumbang itu untuk "menunjukkan satu sudut pandangan alternatif kepada keadaan beliau dan isu-isu sosiopolitik".



Pemerintah mengambil perhatian perkara itu dalam kenyataannya, tetapi berkata: "Satu pembohongan jahat bukanlah satu 'sudut pandangan alternatif'."



"Memilih menyiarkan satu artikel yang mengandungi maklumat salah yang amat nyata, yang dengan mudah boleh dicari dan disahkan dalam talian adalah perbuatan tidak bertanggungjawab."



Dalam maklumat terkini baru-baru ini mengenai keadaan Encik Heng, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam laman Facebook pada 30 Mei bahawa beliau sedang sembuh dengan baik dan "waras sepenuhnya, berkomunikasi, dan ceria".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >