Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah peruntuk $3.3b bagi teknologi ICT

May 24, 2023 | 05:49 PM



LEBIH 100,000 komputer peribadi dan pencetak yang digunakan dalam perkhidmatan awam Singapura dijangka diganti pada 2023 sebagai sebahagian perbelanjaan pemerintah yang diperuntukkan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sekitar $400 juta akan diperuntukkan bagi perkakas tersebut, yang diganti setiap tiga tahun, kata Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penggantian PC dan pencetak – yang memerlukan pembekal memenuhi beberapa piawaian tenaga kuasa elektrik dan ciri mesra alam terkini, termasuk penggunaan bahan dan bungkusan yang boleh dikitar semula – adalah salah satu daripada tiga tender besar yang dilancarkan pada 2023.

Satu lagi tender bernilai $600 juta dilancar bagi menawarkan kepada agensi pemerintah sofwe langganan untuk mengendalikan pengurusan hubungan bersama pelanggan serta pengurusan kes, termasuk platform yang dapat mengurangkan kemahiran coding bagi mencipta aplikasi sofwe baru.

Tender ketiga bernilai $850 juta pula dilancar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menyokong kaedah awan (cloud) dan khidmat menjadi hos bagi agensi awam tempatan.

Pemerintah dijangka mengeluarkan belanja sekitar $3.3 bilion bagi kemudahan ICT pada 2023 berbanding $3.8 bilion bagi 2021 dan 2022.

Ketua Eksekutif GovTech, Encik Kok Ping Soon, berkata penjimatan perbelanjaan dibuat dengan menggabungkan permintaan bagi perkhidmatan ICT menerusi tender besar.

“Menggabungkan permintaan bagi produk dan perkhidmatan ICT di serata agensi pemerintah sebenarnya membolehkan kami berjimat, dan memudahkan syarikat menyertai tender besar,” katanya.

Encik Kok berkata amalan tersebut juga menjimatkan masa bagi agensi awam dan membolehkan mereka bina hubungan jangka panjang bersama pembekal.

Pemerintah telah melaburkan sekitar $16 bilion bagi perkhidmatan dan produk ICT sepanjang lima tahun lalu.

Encik Kok berkata demikian semasa sidang Negara Bijak dan Pemerintah Digital  di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec Singapura.

Sidang itu merupakan satu acara tahunan di mana peluang perniagaan ICT dari pemerintah diumumkan dan dikongsi dengan pemain industri.

Pada 2023, sekitar $2.5 bilion daripada $3.3 bilion akan diperuntukkan bagi projek ICT yang diluluskan menerusi tender borong, atau sekitar 76 peratus daripada perbelanjaan Pemerintah yang diramal bagi mendapatkan khidmat itu, naik daripada 27 peratus pada 2022.

Sementara itu, sekitar $1 bilion perbelanjaan yang diramal pada 2023 akan diperuntuk bagi aplikasi yang dibangunkan menerusi platform Awan Komersial Pemerintah - sebuah platform yang membolehkan agensi awam menggunakan huraian teknologi awan tersedia secara komersial.

Sekitar 66 peratus sistem pemerintah yang layak telah beralih ke platform itu, dengan matlamat mencapai 70 peratus menjelang hujung 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >