Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan isi rumah naik tahun lalu ke paras melebihi prapandemik

Jurang pendapatan 2021 kedua paling rendah sejak 2000 selepas agihan, cukai pemerintah
Feb 16, 2022 | 05:30 AM



PENDAPATAN median daripada pekerjaan isi rumah meningkat tahun lalu, menurut kertas Trend Utama Pendapatan Isi Rumah, 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Singapura (SingStat) semalam.



Terdapat peningkatan 3.6 peratus dari segi nominal - daripada $9,189 pada 2020 kepada $9,520 tahun lalu - dalam pendapatan median bulanan isi rumah hasil daripada pekerjaan setiap anggota.



Jumlah itu lebih tinggi daripada tahap sebelum pandemik Covid-19.



Selepas mengambil kira inflasi, pendapatan median bulanan daripada pekerjaan isi rumah meningkat 1.5 peratus dalam nilai sebenar tahun lalu.



Dari 2016 hingga 2021, pendapatan median bulanan daripada pekerjaan setiap anggota isi rumah meningkat 4.2 peratus secara kumulatif, atau 0.8 peratus setahun dalam nilai sebenar.



SingStat juga menerbitkan perangkaan pendapatan median bulanan hasil daripada pekerjaan setiap anggota isi rumah, bagi mengambil kira saiz isi rumah yang berbeza-beza.



Jumlahnya meningkat daripada $2,886 pada 2020 kepada $3,027 tahun lalu.



Ini menunjukkan peningkatan 4.9 peratus dalam nilai nominal atau 2.8 peratus dalam nilai sebenar.



Justeru, dari 2016 hingga 2021, pendapatan median bulanan isi rumah bagi setiap anggota meningkat 13.4 peratus secara kumulatif atau 2.5 peratus setahun dalam nilai sebenar.



Tahun lalu, pendapatan purata daripada pekerjaan setiap anggota isi rumah turut meningkat 1.7 hingga 7.3 peratus dari segi nominal bagi semua kumpulan pendapatan, tambah SingStat.



Setelah disesuaikan dengan inflasi, isi rumah dalam sembilan persentil pertama menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebenar sebanyak 0.6 hingga 5.5 peratus, manakala isi rumah dalam persentil teratas menyaksikan kemerosotan pendapatan sebenar sebanyak 1.1 peratus.



Justeru, dari 2016 dan 2021, pendapatan purata daripada pekerjaan setiap anggota isi rumah dalam semua kumpulan pendapatan meningkat 0.4 hingga 2.6 peratus setahun dalam nilai sebenar.



Namun, menurut DOS, isi rumah masih menerima banyak bantuan daripada pemerintah tahun lalu walaupun kurang daripada tahun sebelumnya akibat pemberhentian skim sekali sahaja (one-off).



Isi rumah penduduk (isi rumah yang diketuai warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura), termasuk tanpa anggota bekerja, menerima $5,096 bagi setiap anggota secara purata daripada pelbagai skim pemerintah tahun lalu.



Ini kurang daripada $6,324 yang diterima pada 2020, disebabkan pemberhentian skim sekali sahaja yang diperkenal pada 2020 bagi mengurangkan kesan daripada pandemik Covid-19.



Isi rumah penduduk yang tinggal di flat satu dan dua bilik HDB masih merupakan penerima paling banyak bantuan pemerintah.



Tahun lalu, mereka menerima $11,363 bagi setiap anggota isi rumah secara purata daripada skim pemerintah, lebih dua kali ganda bantuan yang diterima isi rumah penduduk yang tinggal di flat tiga bilik HDB.



Jurang pendapatan yang diukur oleh koefisien Gini juga berkurangan kepada 0.444 tahun lalu, daripada 0.452 pada 2019 dan 2020.



Koefisien Gini dicatat sebagai sifar dalam situasi pendapatan sama rata secara keseluruhannya. Ia dicatat sebagai satu dalam keadaan ketaksamaan pendapatan.



Ini bermakna semakin rendah koefisien Gini semakin kurang jurang pendapatan.



Setelah agihan dan cukai pemerintah, koefisien Gini tahun lalu berkurangan daripada 0.444 kepada 0.386.



Jurang pendapatan isi rumah tahun lalu adalah yang kedua paling rendah sejak 2000 selepas diambil kira agihan dan cukai pemerintah.



Yang paling rendah dalam rekod ialah pada 2020, dengan koefisien Gini 0.375, hasil skim bantuan pemerintah sekali sahaja yang diperkenal pada tahun itu untuk mengurangkan kesan pandemik Covid-19.



Skim bantuan sekali sahaja itu dihentikan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >