Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna cuba bayar dengan syiling LKY100

Sep 19, 2023 | 05:16 PM



Rasa bingung dan hairan.

Demikian antara raut wajah beberapa juruwang setelah mereka diserahkan Syiling Peringatan Encik Lee Kuan Yew sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-100 (LKY100).

Denominasi syiling tersebut adalah $10.

Dalam satu video Tiktok yang dimuat naik pengguna Sethisfy pada Ahad (17 Sept), beliau berkongsi pengalaman membeli barangan dari kedai-kedai di daerah Bukit Timah dengan syiling tersebut.




@sethisfy

7-11 guy so cute made exaggerated gestures so we can get more views 🥲

♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey



Menurut laporan AsiaOne, nama betul pengguna tersebut adalah Encik Seth Wee dan beliau merupakan pencipta kandungan kewangan peribadi berusia 35 tahun.


Juruwang yang tampil dalam video yang dimuat naiknya rata-rata bingung dan kelihatan teragak-agak untuk menerima syiling itu sebagai jenis pembayaran Encik Wee.

Seorang juruwang di salah satu pasaraya berkata: “Syiling apa ini? Ini tidak boleh (diterima).”

Seorang lagi kakitangan 7-Eleven agak terpegun apabila mengetahui ia syiling $10 namun beliau menolak syiling tersebut sebagai cara pembayaran.

“Ia adalah pertama kali mereka (juruwang dan kakitangan) melihat syiling itu jadi mereka tidak begitu yakin untuk menerimanya dan saya juga tidak begitu serius menggunakan syiling untuk buat bayaran,” jelas Encik Wee.

Beliau membayar barangan yang dibeli melalui kad kredit.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) daripada lamannya, syiling-syiling sedemikian adalah sah dan boleh diguna pakai untuk membayar perkhidmatan dan barangan di sini.

Syiling $10 itu, yang ditempa daripada gangsa dan aluminium, memaparkan gambar mendiang Encik Lee dan jata Singapura.

Sebanyak empat juta syiling LKY100 telah ditempa dan mereka yang berjaya membuat permohonan boleh mengambil syiling-syiling edisi terhad itu dari 4 September hingga 3 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >