Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pengguna e-skuter perlu tukar dari tempat pejalan kaki ke laluan khusus basikal

Nov 05, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN e-skuter dilarang digunakan di laluan pejalan kaki, pengguna alat mobiliti peribadi (PMD)) itu masih boleh menggunakannya di laluan berbasikal khas.



Oleh yang demikian, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan meluaskan rangkaian laluan basikal khas daripada 440 kilometer sekarang kepada 750 kilometer menjelang 2025.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Lam Pin Min, berkata demikian semasa mengumumkan larangan ke atas e-skuter di semua laluan pejalan kaki, semalam.



Menurutnya LTA, akan menambah laluan berbasikal khusus itu di kawasan lain seperti Woodlands, Toa Payoh dan Choa Chu Kang.



"Langkah ini, bukan larangan sepenuhnya ke atas e-skuter di Singapura. Kami akan terus membenarkan mereka menggunakannya di laluan berbasikal khusus," ujar Dr Lam.



Beliau menambah, LTA akan mempertingkatkan pembinaan ke atas laluan berbasikal khusus sedemikian.



"Kami akan mempertingkatkan pembinaan laluan berbasikal sedemikian untuk memastikan ada pengasingan jelas bagi pejalan kaki dan e-skuter di Ang Mo Kio dan bandar di Tampines," ujarnya.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan LTA semalam, LTA berkata jarak rangkaian itu akan bertambah tiga kali ganda menjelang 2030 dengan kesemua bandar di kawasan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mempunyai rangkaian laluan berbasikal.



Di kawasan baru seperti Kampong Bugis, Tengah dan Woodlands North Coast, LTA merancang membina laluan berbasikal di kedua-dua bahagian jalan raya.



Buat masa ini, beberapa projek laluan hampir siap di bandar-bandar utama.



Penduduk di Ang Mo Kio, Bishan, Bukit Panjang, Taman Jurong dan Tampines boleh menikmati ketersambungan mobiliti aktif lebih luas apabila laluan berbasikal di kawasan perumahan itu siap, menjelang tahun depan.



Misalnya, penduduk yang tinggal di Blok 470, Tampines Street 44, boleh berbasikal tanpa gangguan di sepanjang rangkaian laluan berbasikal ke Our Tampines Hub dalam masa 20 minit .



Menjelang 2025 pula, pengguna e-skuter yang tinggal di Choa Chu Kang, Toa Payoh dan Woodlands akan dapat menikmati laluan berbasikal lebih luas bagi perjalanan dari rumah mereka ke tapak pengangkutan awam dan tempat kemudahan lain.



Pengguna mobiliti aktif juga boleh merujuk kepada aplikasi MyTransport.Sg untuk mengemudi laluan berbasikal dan PCN.



Sementara itu, dalam jawapannya di Parlimen, Dr Lam turut menyentuh tentang keprihatinan berhubung keselamatan berkaitan kebakaran.



Menurutnya, tarikh akhir bagi mematuhi piawaian e-skuter UL2272 telah dipercepat kepada 1 Julai 2020.



Daripada 100,000 e-skuter yang didaftar, sekurang-kurangnya 80,000 tidak mempunyai kelayakan UL2272 dan tidak boleh digunakan di laluan awam menjelang tarikh tersebut.



"Baki 20 peratus, (e-skuter) yang gagal dalam proses pemeriksaan juga tidak akan dibenarkan untuk digunakan di laluan-laluan awam.



"Ini akan mengurangkan jumlah e-skuter di laluan awam dengan ketara," ujar Dr Lam.



Beliau menambah insentif $100 yang ditawarkan kepada pemilik e-kuter yang telah berdaftar tetapi tidak mempunyai pensijilan UL2272, agar membuang alat mereka awal, akan dilanjutkan dari 30 November kepada 31 Disember tahun ini.



Pemilik e-skuter sedemikian boleh berbuat demikian di lebih 200 tapak pembuangan yang ditubuhkan di merata negara.



Menurutnya sejak skim itu diperkenalkan, lebih 4,800 e-skuter telah dibuang.



"Kami menggesa pemilik e-skuter yang tidak mematuhi piawaian untuk membuang alat mereka awal untuk melindungi diri dan jiran mereka daripada risiko kebakaran," tambah beliau.



Berhubung penjual yang menjual alat yang tidak mematuhi piawaian UL2272, Dr Lam turut berkata 12 penjual telah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.




"Langkah ini, bukan larangan sepenuhnya ke atas e-skuter di Singapura. Kami akan terus membenarkan mereka menggunakannya di laluan berbasikal khusus."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Lam Pin Min.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >