Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni blok terjejas TB prihatin, tapi tidak terlalu bimbang

Sebilangan jalani pemeriksaan percuma yang disediakan MOH
Jun 17, 2016 | 05:30 AM



ADA yang prihatin manakala sesetengah penduduk pula tidak terlalu bimbang setelah mendengar bahawa enam jiran mereka di blok yang sama didapati menghidap batuk kering (TB).



Namun, seawal 9 pagi semalam, beberapa penduduk Blok 203 Ang Mo Kio Avenue 3 itu turun ke kolong blok bagi menjalani pemeriksaan TB percuma yang disediakan bagi penduduk blok tersebut.



Pemeriksaan TB yang disediakan Kementerian Kesihatan (MOH) itu adalah sebagai langkah pencegahan ekoran pengumuman kementerian itu kelmarin bahawa satu kelompok luar biasa yang terdiri daripada enam individu dengan TB yang dapat menentang pelbagai ubat (MDR-TB) dikesan dari empat unit di blok itu.



Pemeriksaan percuma itu dijalankan dari 9 pagi hingga 9 malam mulai semalam sehingga Ahad ini.



Antara penduduk yang menjalani pemeriksaan itu termasuk Cik Fadaliah P.H. Hamid, 65 tahun, yang tinggal sendiri.



"Saya bimbang jugalah sikit kerana saya ada ramai kawan di blok ini. Tak tahulah siapa yang kena.



"Tapi syukurlah pemerintah cepat melakukan sesuatu dan proses pemeriksaan pun berjalan lancar," katanya yang telah tinggal di blok itu selama sekitar 40 tahun.



Selain Cik Fadaliah, adik lelaki dan anak saudaranya turut menjalani pemeriksaan itu meskipun mereka tinggal di blok berdekatan kerana mereka selalu berada di rumahnya.



Menurut adik lelaki Cik Fadaliah, Encik Mohamed Ali, 61 tahun, anaknya - Raja Ali Chandra, sembilan tahun - pergi ke rumah kakaknya itu setiap hari sementara beliau keluar bekerja.



"Sebenarnya, saya tak bimbang sangat kerana saya tahu teknologi perubatan sekarang canggih, tapi saya tetap ambil cuti setengah hari untuk membawa anak saya menjalani pemeriksaan ini kerana anak saya masih kecil dan takut sistem imunnya tak begitu kuat," ujar Encik Mohamed Ali, seorang pemandu.



Menurut seorang lagi penduduk, Cik Normah Sam, 70 tahun, beliau khuatir tentang kesihatannya, lebih-lebih lagi kerana beliau juga baru keluar daripada hospital akibat demam panas dan terkena jangkitan awal bulan ini.



"Kita pun dah berumur... suami saya dah 76 tahun. Jadi, kenalah jaga diri dan berwaspada," katanya.



Sementara itu, sesetengah penduduk pula merancang menjalani pemeriksaan TB itu pada hari lain disebabkan jadual mereka yang sibuk.



Antara mereka ialah Encik Romy Faruna Mohd, 60 tahun, yang merancang membawa isteri dan anaknya menjalani pemeriksaan itu malam ini.



"Saya dan isteri bekerja, jadi kami sekeluarga akan pergi bersama kalau tak sibuk selepas kerja nanti.



"Terkejut juga apabila saya dengar berita ini tapi saya senang hati pemerintah bertindak cepat dengan memaklumkannya kepada kami. Ini menunjukkan mereka memandang serius hal ini," katanya.




APAKAH BATUK KERING?



Batuk kering, atau TB, ialah penyakit mikobakterium yang selalunya menjejas paru-paru. Ia juga boleh menjejas bahagian tubuh lain termasuk otak, nodus limfa, ginjal, tulang dan sendi.



Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.



Jangkitan pada peringkat awal biasanya jarang dikesan dan dikenali sebagai Jangkitan TB Terpendam (LTBI). Sekitar seorang daripada 10 orang dewasa yang mempunyai sistem imun yang sihat dan mempunyai LTBI akan mengalami penyakit TB.



Apakah gejala batuk kering?



Pelbagai gejala termasuk batuk selama lebih tiga minggu, demam, rasa letih, sakit dada dan kekurangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan sebabnya.



Bagaimana ia boleh dijangkiti?



TB boleh dijangkiti melalui titisan air di udara daripada orang yang mempunyai penyakit itu.



Pesakit TB berkemungkinan lebih tinggi menjangkiti orang yang mempunyai hubungan rapat dan lama dengan mereka termasuk anggota keluarga, teman dan rakan kerja. Seseorang tidak boleh dijangkiti TB dengan berkongsi makanan, rokok atau dengan bersalaman.



Bagaimana merawat TB?



Penyakit ini boleh dirawat dengan gabungan beberapa ubat yang boleh diambil bagi tempoh enam hingga sembilan bulan. Lebih 95 peratus pesakit pulih dengan mengambil ubat yang diberi. Pesakit yang menghidap TB yang dapat menentang pelbagai ubat (MDR-TB) pula perlu menjalani rawatan antara 20 dengan 24 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >