Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurus Iras dianugerah pemimpin teladan

Oct 22, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pengurus kanan di Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), Cik Norhaizah Zainal memimpin sepasukan lebih 20 pegawai yang memberi khidmat kepada perniagaan berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Pasukan itu telah memperkenalkan pelbagai inisiatif, termasuk menerusi wadah digital, untuk menjadikan proses lebih cekap dan mudah bagi pembayar cukai dan kakitangan Iras.



Bagi usaha cemerlangnya memacu khidmat yang baik serta inovasi dan perubahan dalam pasukannya itu, Cik Norhaizah, 37 tahun, menerima Anugerah Pemimpin Teladan di bawah Anugerah Transformasi Sektor Perkhidmatan Awam semalam.



Cik Norhaizah, yang sudah 15 tahun bersama Iras dan lima tahun sebagai pengurus, berkata beliau amat berbesar hati menerima anugerah tersebut, yang bukan sahaja mengiktiraf pencapaian individu bahkan usaha pasukannya.



Mengenai gaya kepemimpinannya, ibu dua anak berusia 10 tahun dan 7 tahun itu berkata:



"Ada banyak ciri-ciri positif yang menjadikan seorang pemimpin baik tetapi tiada formula ajaib. Kepemimpinan ialah satu perjalanan berterusan yang memerlukan kita untuk terus belajar dan meningkatkan diri."



Bagi beliau sendiri, beliau mengambil pendekatan 'dari bawah', dengan memperkasa pegawai untuk mencari huraian, termasuk mendengar maklum balas kakitangan mengenai isu yang dihadapi mereka atau pembayar cukai.



"Bukan sahaja memeriksa dan meluluskan kerja kakitangan saya, saya percaya mesti ada satu pemerkasaan yang membolehkan keputusan diambil.



"Peranan saya sebagai pemimpin adalah untuk mewujudkan peluang bagi kakitangan saya untuk bersuara, mengambil keputusan, dan tidak takut untuk cuba idea baru," kata Cik Norhaizah lagi.



Antara pencapaian yang paling dibanggakan dalam kerjayanya ialah pelaksanaan CorpPass antara agensi pada 2018 untuk menyelaras interaksi antara pemerintah dan perniagaan.



Pelaksanaan projek itu amat mencabar dan rumit, serta memerlukan usaha yang besar untuk membantu perniagaan beralih ke wadah itu, kata Cik Norhaizah.



Menjelang pemfailan GST pada waktu itu, pasukannya itu mendekati perniagaan GST menerusi 130,000 SMS, 28,000 emel, dan 5,000 panggilan telefon.



"Kami faham bahawa mengendali perniagaan itu bukan mudah, dan berharap untuk menjadikan pengalaman cukai satu proses yang mudah bagi perniagaan," ujar Cik Norhaizah.



Namun, apa yang memberi kepuasan dalam tugasnya itu adalah melihat kakitangannya sendiri membangun dan menjadi lebih yakin memikul tanggungjawab lebih besar.



"Ramai anggota pasukan saya bermula sebagai rekrut yang baru dan setelah dua atau tiga tahun dengan pasukan ini, saya bangga melihat mereka menjadi pegawai serba boleh yang cekap dalam pengetahuan cukai dan kemahiran digital yang penting.



"Ia merupakan satu keutamaan bagi saya untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan kakitangan saya dan membantu mereka mengasah bakat mereka dan membangun secara peribadi dan profesional," ujar Cik Norhaizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >