Perang kencing manis: Kajian fokus pada tiga perkara

PENYELIDIKAN baru dalam perang negara terhadap penyakit kencing manis akan memberi tumpuan pada faktor obesiti dalam kalangan orang dewasa muda, gaya hidup kanak-kanak prasekolah, dan program kesihatan di tempat kerja.

Pembiayaan sekitar $1 juta akan diperuntukkan bagi 11 projek penyelidikan mengenai kencing manis, dengan tumpuan pada tiga perkara itu.

Penyelidikan itu akan dijalankan oleh Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura (NUS). Ia merangkumi yang boleh mengambil masa kira-kira enam hingga sembilan bulan hingga beberapa tahun.

Ini diumum oleh dekan sekolah itu, Profesor Chia Kee Seng, semasa Persidangan Kesihatan Awam Antarabangsa Singapura kedua pada Khamis (29 Sept).

Beliau berkata kencing manis "penyakit gaya hidup yang boleh dicegah dengan mengamalkan tabiat pemakanan sihat dan kegiatan fizikal kerap".

Persidangan dua hari itu dihadiri kira-kira 600 penyelidik antarabangsa dan tempatan, profesional penjagaan kesihatan, penggubal dasar dan pemimpin industri dari 25 negara.

Ia dianjurkan bersama setiap empat tahun oleh Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock dan Kolej Doktor Kesihatan Awam dan Pekerjaan.

Waktu Solat

Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.