Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan Internet baru SG lindung keharmonian kaum, toleransi agama

Josephine akhiri lawatan ke AS, tekankan aturan bertujuan lindungi pengguna muda dari kandungan berunsur seks, keganasan
Jun 30, 2022 | 05:30 AM



PERATURAN Internet baru Singapura yang diumumkan pemerintah baru-baru ini bertujuan melindungi keharmonian kaum negara ini dan toleransi agama selain melindungi pengguna muda daripada kandungan berunsur seks atau keganasan, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semalam.



Pemerintah sedang berunding dengan wadah media sosial untuk membangunkan peraturan ini bagi menangani kandungan yang berbahaya dalam talian serta meningkatkan keselamatan dalam talian.



Cik Teo berkata demikian kepada media pada akhir lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, di mana beliau juga telah bertemu dengan pemimpin industri teknologi di San Francisco.



Dua set peraturan sedang dibangunkan kini.



Pertama, Kod Amali bagi Keselamatan Dalam Talian memerlukan khidmat media sosial yang khusus mempunyai proses untuk mempertingkat keselamatan bagi semua pengguna, terutamanya pengguna muda.



Kedua, Kod Kandungan bagi Perkhidmatan Media Sosial akan membolehkan Penguasa Pembngunan Infokom Media (IMDA) mengarah khidmat media sosial menurunkan kandungan yang mempunyai kesan buruk.



"Terdapat kandungan yang mempunyai akibat bagi masyarakat. Bagi kandungan begitu, ia berbeza bagi masyarakat yang berbeza.



"Dalam konteks kita, apa yang paling menjadi keprihatinan ialah kandungan yang berkaitan dengan keharmonian kaum dan toleransi agama.



"Sekiranya hal ini lebih penting bagi kita, kita harus... memaklumkannya kepada khidmat media sosial itu dan memastikan kita boleh melindungi nilai ini bagi masyarakat kita," ujar Cik Teo.



Menerusi laman Facebooknya sebelum ini, Cik Teo turut berkata kandungan berunsur kemudaratan seks dan kemudaratan kepada diri sendiri serta kandungan yang boleh mengancam kesihatan awam merupakan antara contoh kandungan yang mempunyai kesan buruk.



Tambahnya, kandungan sedemikian tidak termasuk di bawah undang-undang lain seperti Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) yang bertujuan menangani maklumat salah serta Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha) yang menangani isu gangguan dalam talian.



Selain Singapura, beberapa negara lain termasuk Australia, Britain, Canada dan Kesatuan Eropah (EU) juga sedang meninjau usaha serupa melaksanakan peraturan Internet itu.



Dalam lawatannya ke Amerika, Cik Teo juga telah berkunjung ke firma teknologi termasuk Google, Twitter dan Meta Platforms yang memiliki Facebook dan Instagram.



Menurutnya, beliau telah berbincang dengan kakitangan syarikat itu tentang pendekatan pemerintah Singapura dalam membangunkan peraturan tersebut.



"Kami ingin memahami bagaimana teknologi mereka dan bagaimana peraturan ini boleh dilaksana dengan berkesan.



"Pada dasarnya... kami mahu orang ramai rasa selamat dalam talian," ujarnya.



Tambahnya, pemerintah akan membentangkan draf peraturan Internet itu kepada syarikat khidmat media sosial tersebut untuk dikaji mereka.



Kemudian, mereka boleh menerangkan bagaimana ini boleh berkesan dalam konteks mereka.



Dalam lawatan kerjanya itu, Cik Teo dan Setiausaha Perdagangan Amerika, Cik Gina Raimondo, juga telah melancarkan sebuah program untuk membantu wanita dalam industri teknologi di kedua-dua negara belajar daripada satu sama lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >