Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh daya tahan pelajar, semangat bekerjasama antara visi pengetua sekolah

MOE akan lantik 70 pengetua Disember ini
Oct 07, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN pekerjaan dan peranannya seringkali berubah, namun motivasinya tetap sama.



Begitulah pegangan kehidupan Encik Muhammad Fadylla Rashiman, 40 tahun, yang akan dilantik sebagai Pengetua Sekolah Rendah Corporation akhir tahun ini.



Bagi Naib Pengetua Sekolah Rendah Shuqun itu, beliau percaya bahawa kanak-kanak adalah rahmat bagi masa depan yang lebih baik.



"Oleh itu, saya percaya bahawa saya memainkan peranan yang penting untuk memupuk mereka dengan nilai-nilai dan kemahiran yang membolehkan mereka mencapai potensi mereka," ujar beliau yang mula mengajar sejak 2007.



Encik Muhammad Fadylla berkongsi dengan Berita Harian (BH) semalam bahawa kepercayaan beliau adalah hasil pengaruh guru-guru yang telah mengajar beliau semasa beliau seorang pelajar.



"Sebagai seorang pelajar, saya telah mendapat manfaat daripada guru-guru yang telah mengajar saya melebihi daripada apa yang boleh saya pelajari dari dalam bilik darjah.



"Kini, saya mahu melakukan perkara yang sama untuk pelajar saya dan memberi mereka sokongan dan galakkan untuk mereka meneroka dan belajar supaya mereka berdaya tahan dan tidak takut membuat kesilapan," ujar beliau yang dahulunya mengajar subjek latihan jasmani, Matematik dan Sains.



Apabila ditanya bagaimana beliau membayangkan dirinya sebagai seorang pengetua, Encik Muhammad Fadylla berharap beliau berpeluang untuk membantu para pelajar merealisasikan potensi mereka secara holistik dan berjaya menentukan kejayaan mereka sendiri.



"Saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada guru-guru di bawah pimpinan saya dan mengiktirafkan mereka untuk memberikan komitmen bagi mendidik para pelajar kita dengan baik," ujar beliau yang mempunyai empat orang anak lelaki.



Namun demikian, beliau akur bahawa akan cabaran-cabaran yang beliau mungkin hadapi sebagai seorang pemimpin sekolah dalam generasi hari ini.



"Sebagai seorang pemimpin, kita mesti peka dengan keperluan semasa anak-anak dan pada masa yang sama juga mempersiapkan mereka untuk masa depan.



"Ia bukan sesuatu yang boleh diajar dengan mudah kerana ia adalah gabungan di antara persekitaran pembelajaran yang menyokong interaksi positif serta guru yang mahir yang menyokong pembelajaran, relevan dan bermakna kepada pelajar," ujar beliau.



Oleh itu beliau percaya bahawa sebagai seorang pemimpin, beliau perlu menyediakan dan mempromosikan pengalaman seperti itu sebagai sebahagian daripada persekolahan yang dipimpinnya.



Bagi Encik Ashraf Hyder Yusoff Maniam, 36 tahun, beliau percaya bahawa dalam apa jua yang dilakukan, setiap orang memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan.



"Ia adalah penting bagi saya untuk mengambil masa memahami secara mendalam keperluan seseorang, termasuk kakitangan dan para pelajar saya.



"Semangat bekerjasama untuk memanfaatkan idea-idea dan kebijaksanaan secara kolektif juga penting kerana ini akan memberikan strategi yang lebih mantap dan berkesan, serta membangunkan budaya pemilikan dan kebersamaan di sekolah yang boleh memberi manfaat kepada semua pelajar," kata beliau yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam sektor pendidikan dan dua tahun dalam perancangan dan penyelidikan strategik di Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).



Beliau akan dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Ang Mo Kio akhir tahun ini.



Seramai 70 pengetua sekolah akan dilantik oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam acara tahunan Majlis Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua pada 29 Disember ini, kata MOE dalam satu kenyataan mereka semalam.



Di antara mereka, 26 dilantik buat kali pertama.



Pihak MOE menyatakan bahawa proses melantik dan menukar pengetua sekolah yang dilakukan setiap tahun oleh MOE membolehkan sekolah mendapat manfaat daripada perspektif yang baru.



Antara lain, pengetua yang berpengalaman juga dapat berkongsi amalan terbaik antara sekolah dan mereka juga berpeluang menyahut cabaran baru dan mengukuhkan sekolah yang mereka dilantik untuk memimpin.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, akan menjadi tetamu terhormat bagi Majlis Pelantikan dan Penghargaan.



Ketua Pengarah Pendidikan, MOE, Cik Liew Wei Li, akan menyampaikan Surat Pelantikan kepada Pengetua pada majlis tersebut.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >