Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan peringkat kedua baucar pengangkutan awam dibuka 16 Jan

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



PERMOHONAN bagi peringkat kedua pengagihan baucar bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan bagi menghadapi peningkatan tambang pengangkutan awam, akan diadakan dari 16 Januari hingga 31 Oktober.



Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) mengumumkan demikian dalam satu kenyataan bersama semalam bahawa isi rumah yang memenuhi kriteria kelayakan, namun tidak menerima baucar tersebut dalam pengagihan peringkat pertama boleh membuat permohonan dalam talian menerusi laman www.go.gov.sg/ptv mulai 16 Januari ini atau secara bersemuka di balai rakyat setempat.



Pemohon yang berjaya berbuat demikian akan diberitahu menerusi pos.



Untuk membantu penduduk di sini menyesuaikan diri dengan kenaikan tambang pengangkutan awam sebanyak 2.9 peratus sejak Disember lalu, sejumlah 600,000 baucar bernilai $30 telah disediakan bagi isi rumah yang meraih pendapatan tidak melebihi $1,600 setiap orang.



Sebilangan baucar tersebut telah diberikan pada peringkat pertama pengagihan itu - iaitu bagi isi rumah yang menerima baucar ketika latihan pengagihan Baucar Pengangkutan Awam pada 2021 dan masih memenuhi kriteria kelayakan bagi latihan pengagihan tahun lalu.



Peringkat pertama pemberian baucar itu telah diselesaikan pada Disember 2022, dengan seramai 240,000 isi rumah menerima surat notifikasi untuk mendapatkan baucar mereka menerusi pos.



Isi rumah yang telah menerima surat notifikasi itu boleh mengikut arahan untuk menebus baucar mereka di sebarang kios TransitLink, termasuk kios tokokan tambang dan kios Khidmat Bantuan serta pejabat tiket TransitLink atau Pejabat Penggantian Kad Konsesi.



Semua baucar perlu ditebus menjelang 31 Mac 2024.



Penduduk boleh lawat balai rakyat terdekat jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.



Majlis Pengangkutan Awam (PTC) pada Oktober lalu mengumumkan bahawa harga tambang telah dinaikkan sebanyak 2.9 peratus.



Tambang bagi bas dan kereta api telah dinaikkan lagi empat hingga lima sen mulai 26 Disember lalu bagi pengguna dewasa yang membayar menerusi kad.



Manakala tambang konsesi bagi warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya serta pekerja berpendapatan rendah telah naik 1 sen bagi setiap perjalanan.



Terdapat sekitar dua juta penumpang dalam golongan itu, iaitu sekitar setengah bilangan warga Singapura.



Tambang bagi bayaran tunai dan pas bulanan tidak diubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >