Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit barah berupaya pulang ke S'pura dari AS hasil derma orang ramai

May 27, 2020 | 08:14 AM



SEORANG wanita Singapura yang menghidap barah payudara Tahap 4 semasa di Amerika Syarikat akhirnya dapat pulang dan bertemu keluarganya di sini, setelah orang ramai mendermakan lebih $300,000 untuk biaya kepulangannya.



Urusan kepulangan telah dibuat dengan Cik Lerine Liu, 42 tahun, menaiki ambulans udara dikendalikan oleh International SOS (Isos) esok pagi waktu Amerika Syarikat.



Cik Liu, yang barahnya telah merebak ke tulang, salah satu paru-paru dan hati, akan ditemani oleh pasukan perubatan terdiri daripada doktor dan jururawat.



Penerbangan itu akan berlepas dari Kanada untuk mengambil Cik Liu dari New Jersey, yang kini berada di Pusat Rawatan St Michael di Newark. 



Kos rawatan di hospital itu dilindungi oleh program bantuan - yang merangkumi bukan pemastautin - di bawah Jabatan Kesihatan Negeri New Jersey.



Pesawat akan mendarat untuk isi minyak di Russia, Korea Selatan dan Taiwan sebelum tiba di sini pada hari Sabtu, sekitar 4 pagi waktu Singapura.



Saudara perempuan Cik Liu, Cik Felicia Liew mengatakan pada hari Selasa bahawa dia berterima kasih atas sumbangan dan sokongan orang ramai.



"Bagi pihak adik dan keluarga saya, saya ingin mengucapkan terima kasih tulus ikhlas kepada semua orang yang menderma, dari Singapura dan luar negara. Saya selamanya akan berterima kasih atas kebaikan anda dalam membantu membawa adik saya pulang supaya dia dapat bersama kami," kata Cik Liew, 46 tahun, salah seorang dari tiga beradik perempuan itu.



Cik Liu berpisah dengan suaminya. Mereka tidak mempunyai anak.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada Isnin lalu bahawa Liu enghidap barah yang tidak dapat dirawat setelah tiba di Amerika Syarikat pada Februari lalu untuk memulakan kehidupan dan kerjaya baru di sana.



Barah ang dihadapi pantas merebak hingga menyebabkan Cik Liu menjadi parah.



Cik Liew mengatakan keluarganya memutuskan untuk mengakhiri kempen mengumpul derma semalam setelah sejumlah $373,891 dikumpulkan.



Beliau menambah, kos ambulans udara dari Isos berharga US$ 231,000. Baki jumlah derma yang terkumpul akan digunakan untuk menampung bayaran perubatan hospital adiknya di sini.



"Give.asia telah berhubungan dengan Isos dan mereka akan memindahkan wang itu terus kepada mereka. Baki akan disimpan oleh Give.asia dan akan terus disalurkan ke hospital," kata Cik Liew. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >