Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta F1 bermula rasmi

Sep 16, 2023 | 08:27 PM



Sorakan ribuan penonton dan deruman enjin kereta lumba Formula Satu (F1) bergabung untuk meriuhkan kawasan Marina Bay pada Sabtu, apabila perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines bermula secara rasmi.

Peminat merasakan sekilas keghairahan perlumbaan apabila pemandu menghadiri sesi latihan pada Jumaat, tetapi perlumbaan kelayakan pada Sabtu adalah sesi yang benar-benar diambil kira.

Menjadi tumpuan ramai ialah juara bertahan Max Verstappen dari Red Bull, yang kini mendahului pemandu lain dengan jarak yang besar di ranking dan dijangka menjadi juara keseluruhan bagi tahun kedua berturut-turut.

Namun, beliau belum pernah menjuarai Grand Prix Singapura dan memburu kemenangan pertama di Marina Bay.

Litar Jalanan Marina Bay yang dipendekkan – ia kini sepanjang 4.94 kilometer berbanding litar 5.063 kilometer pada 2022 – selepas empat selekoh di sektor terakhir digantikan dengan satu laluan lurus, dijangka membuka lebih banyak peluang untuk memotong dan membuka laluan bagi Verstappen akhirnya menjuarai GP Singapura, kerana beliau yang dianggap memiliki kenderaan paling tangkas apabila memotong.

Di luar litar perlumbaan, penghibur antarabangsa, daripada Robbie Williams, kepada Kings of Leon dan Bloco Singapura pula akan memastikan acara berpesta tidak akan berakhir di garisan penamat dan berterusan sehingga malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >