Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Phey Yew Kok menjalani hidup merana semasa melarikan diri: Peguam

Jan 22, 2016 | 03:22 PM



BEKAS pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan bekas Anggota Parlimen, Phey Yew Kok, kini 81 tahun, menjalani kehidupan sukar sepanjang 35 tahun melarikan diri, kata peguamnya semasa mengemukakan mitigasi ketika perbicaraan pada Jumaat (22 Jan).


Dalam tempoh itu, dia melakukan beberapa pekerjaan sambilan di Thailand, termasuk penternakan babi, menjadi penjaja dan membersihkan perangkap gris, untuk menyara diri.


Dia berjuang untuk hidup dan bimbang setiap hari akan ditangkap di Thailand. Tanpa jaminan, keselamatan dan pendapatan stabil pada usia tua, semakin sukar untuk Phey terus hidup.


Apabila berumur, kesihatannya merosot dan lebih sukar untuk mencari pekerjaan. Kali terakhir, dia bekerja sebagai penjaga gudang.


Jauh dari keluarganya, Phey, yang mempunyai tiga anak, berpindah dari tempat ke tempat kerana tanpa kad pengenalan atau pasport, dia tidak dapat tinggal lama di satu tempat.


Phey, yang kini buta mata kanannya dan mengalami masalah pendengaran teruk, dijatuhi hukuman penjara 60 bulan selepas mengaku bersalah bagi 12 pertuduhan, iaitu 10 pecah amanah, satu tuduhan bersubahat dalam pemalsuan bukti palsu kepada penjawat awam dan satu pertuduhan gagal hadir ke mahkamah apabila diarah oleh pegawai kehakiman.


Baki 22 tuduhan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.


Phey diwakili peguam Peguam Kanan Chelva Retnam Rajah, rakan kongsi Chen Chee Yen dan Encik Andre Teo.


Dia menyesal melarikan diari, kata peguamnya.


Phey memutuskan menyerah diri kerana Singapura rumahnya, dan dia ingin menghabiskan hari-hari terakhirnya bersama keluarganya daripada tinggal di negara asing.


Dia mahu menghabiskan masanya sekarang dengan menebus kesalahannya pada keluarganya dan mengenali dua cucunya, yang dia tidak pernah bertemu, peguamnya memberitahu mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >