Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih kembali bekerja lebih awal selepas pembedahan barah

Jun 26, 2023 | 05:30 AM



Kali pertama disahkan menghidap barah, Cik Maznah Abdul Samad, rasa terkejut dan sedih menyelubungi ibu empat anak itu.

Beliau kerap bertanya mengapa dirinya dihukum sedemikian dan apa salahnya dan ini menjejas emosinya.

Namun selepas memilih menjalani pembedahan di bahagian yang terjejas dek barah itu dan ia pulih, Cik Maznah memilih kembali bekerja.

“Memang selepas disahkan menghidapinya, saya langsung terjejas secara emosi.

“Tapi lama-kelamaan, saya reda dan akhirnya memilih mahu menjalani pembedahan membuang sebahagian kecil buah dada sebelah kanan yang terjejas.

“Dan selepas pulih tidak lama kemudian, saya memilih kembali bekerja kerana ini satu cara mengatasi emosi sedih dan mengisi masa lapang yang membosankan saya,” katanya semasa dihubungi.

Cik Maznah mula dikesan menghidapi barah buah dada pada 2013.

Ketika itu beliau masih bekerja, biarpun secara sambilan dalam bidang pendidikan.

Menyingkap peringkat awal ketika barah itu mula dikesan, Cik Maznah berkata, beliau terasa seperti timbul benjolan di sebelah kanan dadanya.

Beliau turut mengalami ruam, namun tidak mengendahkannya. Beliau berharap tiada apa-apa yang serius yang sedang dialaminya.

Dua bulan kemudian, beliau masih lagi mengesan benjolan serupa.

Meskipun belum berjumpa doktor, namun beliau tetap terfikirkan hal itu.

Hanya tiga bulan kemudian apabila beliau memberitahu suaminya bahawa benjolan tersebut masih timbul, suaminya menasihatkan beliau supaya bertemu doktor untuk mengesahkan keadaan kesihatannya.

“Sepanjang perjalanan daripada dikesan barah tahap 2B sehinggalah semasa saya menjalani pembedahan dan disusuli kemoterapi di hospital sebelum berpindah pula ke Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) untuk rawatan radioterapi, saya sering mendapat sokongan suami dan anak-anak.

“Hampir setahun sepanjang itu kepala saya berkecamuk, bimbang. Ada kata radioterapi boleh sebabkan kulit rasa terbakar.

“Tapi saya hanya terjejas teruk semasa kemoterapi tapi tidak seteruk semasa radioterapi.

“Pada masa yang sama, terfikir juga tentang keluarga dan orang-orang di sekeliling saya,” katanya yang mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Ketika itu beliau bekerja di perpustakaan sekolah.

Pada masa itu juga beliau mendapat bantuan anak-anak dalam tugasan seperti memasak dan membersihkan rumahnya.

Namun kurang setahun kemudian, beliau kembali bertugas.

“Selain diminta kembali bekerja lebih awal oleh majikan, saya juga berasa sudah sihat dan duduk rumah pun rasa bosan juga.

“Bagi saya bekerja lebih seronok kerana dikelilingi rakan-rakan. Senang kata ada kehidupan sosial, selain dapat gaji untuk bantu ekonomi keluarga dan pergi bercuti,” tambahnya berseloroh.

Cik Maznah kini bekerja sebagai penolong guru dengan sebuah agensi pendidikan privet.

Selepas 10 tahun bertakat, kini Cik Maznah hanya perlu membuat pemeriksaan susulan di hospital setahun sekali.







Lebih penting baginya, pengalaman pahit yang dilaluinya itu banyak memberinya pengajaran dari sudut mengawal emosi selain pentingnya sokongan keluarga yang kuat.

“Sepanjang rawatan, saya sering ditemani suami.

“Dan kini, anak bongsu saya sering sahaja temani saya pergi berjalan pantas dekat kawasan rumah,” kata beliau yang menganggap dirinya diberi peluang kedua dalam kehidupan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >