Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Platform e-dagang, perniagaan gabung tangani pemalsuan

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT Lazada, AliExpress dan syarikat teknologi HP adalah antara beberapa perniagaan dalam talian di Asia Tenggara yang telah bergabung untuk membentuk konsortium anti-pemalsuan e-dagang pertama di rantau ini.



Kumpulan Kerja Anti-Pemalsuan e-Dagang Asia Tenggara telah dilancarkan semalam semasa Minggu Hak Intelektual (IP) tahunan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands di Singapura.



Konsortium itu berusaha untuk mewujudkan satu set amalan terbaik dan piawaian mengenai perlindungan hak IP dalam e-dagang.



Anggotanya juga komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menangani perdagangan barangan tiruan dalam industri runcit dalam talian, dan menyokong satu sama lain dalam melindungi hak IP dan pengguna.



Wadah e-dagang yang mengambil bahagian ialah Lazada, AliExpress, Carousell, WeChat, Tiktok dan Tokopedia.



Anggota konsortium lain termasuk syarikat pembuat pakaian sukan Puma, pembuat kereta BMW dan gergasi barangan pengguna, Procter & Gamble (P&G).



Firma guaman Robinson LLC terlibat dalam menyelaraskan usaha oleh anggota kumpulan kerja.



Dalam majlis pelancaran diadakan semalam, konsortium itu mendedahkan rancangan untuk membangunkan direktori dalam talian.



Ia bertujuan menyatukan maklumat tentang pelbagai sumber yang tersedia pada platform e-dagang yang mengambil bahagian agar pemilik hak IP menghalang aktiviti pelanggaran.



Direktori itu, yang boleh diakses di secagroup.org, juga akan berfungsi sebagai wadah untuk mendidik orang ramai tentang perlindungan hak IP.



Sebagai contoh, Lazada akan berkongsi dalam direktori amalan terbaiknya mengenai isu seperti pelanggaran laporan dan mekanisme penyingkiran dalam wadahnya.



Ia juga akan menerbitkan kaedahnya untuk membina kesedaran mengenai hak IP dalam kalangan peniaganya, kata platform e-dagang itu dalam satu kenyataan semalam.



Lazada berkata idea untuk membentuk konsortium itu mula difikirkan tahun lepas semasa perbincangan antara platform e-dagang dan pemilik hak IP - sebahagian daripadanya kini menjadi anggota kumpulan kerja.



Encik Cyril Chua, rakan kongsi pengurusan Robinson LLC, berharap direktori dalam talian konsortium itu akan menjadi asas yang kukuh untuk perkembangan masa depan dalam perlindungan hak IP dalam industri e-dagang, seperti penggunaan piawaian sukarela.



"Memandangkan e-dagang terus menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi digital, perniagaan perlu memberi lebih perhatian kepada perlindungan hak IP dan isu perdagangan palsu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >