Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee jawab tuduhan salah guna kuasa dan nepotisme

Jul 03, 2017 | 04:44 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong hari ini (3 Julai) menyangkal dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua adiknya bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam menangani soal rumah mendiang bapa mereka di 38 Oxley Road, dan menjelaskan bahawa beliau berusaha memisahkan kepentingan peribadi dengan tanggungjawab awamnya.



Dalam ucapannya menyentuh soal penyalahgunaan kuasa berhubung rumah bapanya, mendiang Lee Kuan Yew, PM Lee berkata:



"Di Singapura, setiap orang adalah sama sebelum diadili mengikut undang-undang. Encik Lee benar-benar memahami hal ini.



"Apabila episod yang tidak diingingi ini mula reda, rakyat mesti tahu bahawa Pemerintah beroperasi secara telus, tidak berbelah bahagi dan dengan betul. Malah di Singapura, termasuk rumah Encik Lee dan kehendaknya, dinilai menurut undang-undang," kata PM Lee.



Pemerintah yang dibina mendinag Lee, kata PM Lee, mesti berupaya menghadapi serangan yang hebat dan bertubi-tubi ke atas reputasi dan kewibawaannya dan harus muncul bersih, dan lebih kuat.



"Inilah 'rumah' yang dibina Encik Lee, bukan 38, Oxley Road," tambahnya.



Pertelingkahan keluarga mula menarik perhatian rakyat pada 14 Jun, apabila adik PM Lee, Dr Lee Wei Ling dan adik bongsunya, Encik Lee Hsien Yang, mengemukakan sebuah kenyataan yang menuduh abang sulung mereka menyalahguna kuasanya bagi mencegah rumah bapa mereka daripada dirobohkan.



Kedua-dua Dr Lee dan Encik Lee Hsien Yang mahu rumah itu dirobohkan, yang menurut mereka adalah sejajar dengan kehendak bapa mereka.



PM Lee juga telah menjelaskan di Parlimen pada April 2015 bahawa, sebagai seorang anak, beliau akan menyokong permintaan bapanya agar rumah itu dirobohkan.



Namun begitu, kedua-dua Dr Lee dan Encik Lee Hsien Yang menuduh abang mereka membentuk sebuah jawatankuasa menteri secara rahsia bagi mencabar permintaan bapa mereka yang menginginkan rumah itu dirobohkan, di samping memperoleh Surat Ikatan Hadiah bagi barangan yang digunakan dalam sebuah pameran tidak lama selepas kematian mantan perdana menteri itu pada Mac 2015.



Mereka juga menuduh PM Lee dan isterinya, Ho Ching, sebagai mengamalkan nepotisme, dengan menyatakan bahwa mereka punyai cita-cita politik untuk anak mereka, Hongyi, dan PM Lee menginginkan rumah itu untuk meluaskan kuasanya.



Menjawab setiap satu daripada ketiga-tiga tuduhan ini, PM Lee berkata, beliau telah mengecualikan diri dari kesemua keputusan Pemerintah berhubung rumah itu, dan tidak memainkan apa jua peranan dalam keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa menteri yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.



Kata PM Lee, adik-adiknya telah menghujahkan bahawa meskipun beliau telah mengecualikan diri daripada kesemua keputusan Pemerintah berhubung rumah 38 Oxley Road, para menteri masih merupakan di bawah kepimpinannya.



"Disebabkan itu, Jawatankuasa Menteri tidak bebas dari (pengaruh) saya. Malah, mereka kata hal serupa berkenaan Parlimen," kata Encik Lee.



"Ini tentunya tidak benar. Adalah satu amalan biasa bagi seseorang yang menghadapi keadaan yang bercanggah kepentingan, seharusnya mengecualikan diri dari perkara itu dengan cara sebegini.



"Sekiranya saya memutuskan, sebagai seorang PM, untuk merobohkan rumah itu tanpa membenarkan Pemerintah membuat pertimbangan menurut pilihan yang ada dan wajar, hanya kerana ia adalah apa yang bapa saya mahukan.



"Ia tentunya merupakan satu penyalahgunaan kuasa. Ia tentunya menyalahkan kedudukan saya sebagai seorang PM dan melanggar keseluruhan sistem yang telah diatur dan nilai-nilai yang dibangunkan oleh Encik Lee Kuan Yew."



Menyentuh pula soal pemerolehan surat ikatan antara Dr Lee dan Encik Lee Hsien Yang dengan Lembaga Warisan Negara (NHB), PM Lee berkata beliau punya sepenuh hak untuk melihat surat ikatan itu, yang diberikan oleh Menteri Lawrence Wong.



Selepas membacanya, PM Lee prihatin kerana syarat yang ditetapkan adalah tidak munasabah: Setiap kali NHB mempamerkan barangan, ia juga perlu memaparkan bahagian pertama Klausa Perobohan menurut wasiat mendiang Encik Lee - yang mana mantan perdana menteri itu mahu rumahnya itu dirobohkan apabila Dr Lee tidak lagi tinggal di rumah berkenaan.



Ini bagaimanapun tidak merangkumi bahagian kedua Klausa itu, yang menyatakan apa yang Encik Lee mahu dilakukan sekiranya rumah itu tidak dirobohkan - sekaligus memperdaya rakyat berhubung niat mendiang Encik Lee.



PM Lee juga merasakan adalah salah bagi adik-adiknya menyifatkannya sebagai satu hadiah, apabila mereka meletakkan syarat sekiranya mana-mana peraturan yang dibuat dilanggar, mereka boleh mengambil balik kesemua barangan ini dengan nilai $1.



"Apa yang dilakukan oleh adik-adik saya adalah salah. Mengetahui kesemua hal ini, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertindak - jika tidak orang akan fikir bahawa saya juga sependapat dengan mereka," ujarnya.



"Ia adalah suatu yang tidak masuk akal untuk menyatakan bahawa kerana saya melihat Ikatan Perjanjian itu dalam kedudukan saya sebagai seorang PM, saya tidak boleh menimbulkan hal tersebut dengan seorang anggota keluarga. Sekiranya saya menemui seseorang yang melakukan sesuatu yang salah, meskipun dalam sebuah keluarga, menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkannya."



Menyentuh tentang dakwaan nepotisme yang dilemparkan ke atasnya oleh kedua-dua adiknya, yang mendakwa PM Lee mahu mengekalkan rumah 38 Oxley Road demi memanfaatkan nama bapa dan mengukuhkan kedudukannya dan membantu mencapai cita-cita politik anaknya, PM Lee berkata, kesemua ini tidak berasas.



"Hongyi, anak saya, telah menyatakan secara umum bahawa beliau tidak berminat dalam politik. Saya juga tidak mendorongnya menyertai politik," kata PM Lee.



"Isteri saya, Ho Ching, adalah CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Temasek Holdings. Sebagai CEO, beliau lapor kepada Lembaga, yang dipengerusikan Encik Lim Boon Heng.



"Sebagai sebuah syarikat, Temasek Holdings menjawab kepada pemegang sahamnya, Kementerian Kewangan, di bawah Menteri Heng Swee Keat," ujarnya.



"Saya punya sepenuh keyakinan bahawa Lim Boon Heng dan Heng Swee Keat faham akan makna pentadbiran korporat yang baik dan betul.



"Lembaga Temasek yang melantik CEO, dan pelantikan itu harus disahkan oleh Presiden, yang dinasihatkan oleh Majlis Penasihat Presiden (CPA). Sekiranya Ho Ching tidak menunjukkan kelakukan yang baik, saya percaya Lembaga Temasek, Presiden dan CPA tahu apakah tugas mereka.



"Menyentuh soal rumah, dan bagaimana kewujudan secara berterusan boleh meningkatkan aura saya sebagai PM, jika betul saya memerlukan faktor kuasa ajaib sebegitu untuk memperkukuh kuasa saya biarpun selepas 13 tahun menjadi PM anda, saya tentunya berada dalam keadaan yang buruk," kata Encik Lee.



"Sekiranya kuasa ajaib seperti itu boleh dilakukan, Singapura tentunya berada dalam keadaan yang lebih menyedihkan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >