Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu 38 Oxley Road

PM Lee ketepikan keistimewaan Parlimen Kenyataan Menteri

Jul 05, 2017 | 09:48 PM



MENGETEPIKAN keistimewaan Parlimen, Perdana Menteri Lee Hsien Loong melepaskan kepada media kenyataan menteri dan bahan yang mengiringinya, termasuk pertukaran e-mel antara anggota keluarga.



"Sebagaimana yang saya telah nyatakan dalam Kenyataan Menteri pada 3 Julai 2017, saya menerbitkan semula ucapan yang saya berikan di Parlimen sebagai kenyataan yang dibuat oleh saya di luar Parlimen, yang tidak dilindungi keistimewaan Parlimen," kata PM Lee.



Dua kenyataan menteri dan bahan iringan itu dibentangkan di Parlimen pada Isnin (3 Julai) dan Selasa (4 Julai) semasa perbahasan berkenaan dakwaan menentang PM Lee yang timbul dari tengkarah 38 Oxley Road.



Keistimewaan Parlimen ialah lindungan daripada undang-undang yang melindungi Anggota Parlimen (AP) daripada dikenakan tindakan undang-undang bagi kenyataan yang dibuat dalam Parlimen atau semasa melaksanakan tugas parlimen.



Ia membenarkan AP berhujah secara bebas berkenaan isu tanpa khuatir tentang tindakan undang-undang susulan. Tindakan susulan ini boleh merangkumi saman malu bagi penghinaan. Mengetepikan keistimewaan Parlimen ini bermakna tindakan undang-undang susulan boleh diambil jika sebarang bahagian kenyataan AP dipertikaikan.



Berikut ialah bahan iringan yang dilepaskan kepada media oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO):



1) Pertukaran e-mel ini menunjukkan isteri PM Lee Ho Ching, memberitahu seluruh keluarga tentang usulan bagi mengubah suai 38 Oxley Road dan perkembangannya.







2) Selepas mengundur diri dari Kabinet menyusuli Pilihan Raya 2011, Encik Lee Kuan Yew menulis sekali lagi kepada Kabinet pada 20 Julai 2011 untuk menekankan lagi keputusannya untuk merobohkan rumahnya di 38 Oxley Road.  Lantaran itu, beliau bertemu dengan Menteri Kabinet pada hari berikutnya. Kecuali PM Lee - yang bercanggah kepentingan sebagai anak Encik Lee dan PM - berkata mereka tidak mahu rumah itu dirobohkan.



 





 



3) Dokumen ini menunjukkan Encik Lee Kuan Yew telah 'bertemu arkitek, meneliti usulan, dan meluluskan skim untuk memperkukuh asas dan mengubah suai rumah itu.





 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >