Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee mulakan lawatan rasmi ke China

Mar 27, 2023 | 10:18 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, memulakan lawatan rasmi seminggu ke China pada Isnin, untuk bertemu pemimpin tertingginya, termasuk Presiden, Encik  Xi Jinping dan Perdana Menteri, Encik Li Qiang.



Encik Lee juga akan memberi ucapan di Forum Boao bagi Sidang Tahunan Asia di Hainan, dan bertemu warga Singapura di Guangdong semasa lawatan ini.



Ini adalah lawatan pertama beliau ke China sejak pandemik Covid-19 melanda.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad, berkata beliau akan mengunjungi Guangzhou di daerah Guangdong, Boao di Hainan dan Beijing atas undangan Encik Li, dari Isnin ke Sabtu.



Di Beijing, Encik Lee dijadual bertemu Encik Xi dan Encik Li, yang akan mengadakan upacara untuk menyambut Encik Lee dan jamuan makan tengah hari, kata PMO.



Encik Lee juga akan bertemu pengerusi Kongres Rakyat Nasional, Encik Zhao Leji, pengerusi Sidang Perundingan Politik Rakyat, Encik Wang Huning dan Setiausaha Parti Beijing, Encik Yin Li.



Di Hainan, PM Lee akan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Encik Li untuk pemimpin asing yang menghadiri Forum Boao bagi Sidang Tahunan Asia, yang menghimpunkan pegawai pemerintah, pemimpin perniagaan dan ahli akademik. PM Lee juga akan bertemu setiausaha parti Hainan Encik Feng Fei.



Di Guangdong, PM Lee akan bertemu setiausaha parti Guangdong, Encik Huang Kunming, serta rakyat Singapura di sana.



PM Lee akan diiringi isterinya Cik Lee; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Cik Sim Ann; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan juga menganggotai rombongan itu.



Semasa ketiadaan PM Lee, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri dari Isnin hingga Selasa. Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri dari Rabu hingga Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >