PM Lee: Premium MediShield Life tidak akan menjadi isu

PERLINDUNGAN insuran kesihatan sepanjang hayat, MediShield Life, akan terus dimampui rakyat Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Pemerintah katanya akan memastikan soal "kemampuan tidak sekalipun menjadi satu isu".

Premium yang perlu dibayar untuk pelan penjagaan kesihatan itu, yang akan melindungi seluruh warga Singapura dan menawarkan perlindungan lebih baik dan menghindar warga daripada perlu membayar kos yang tinggi, akan dikekalkan kadarnya mengikut sumbangan Medisave setiap warga.

"Ia merupakan suatu yang direka dan kami akan mengekalkannya. Jadi lama-kelamaan, sedang kos berubah dan premium berubah, kami akan memastikan Premium dapat dibayar menggunakan Medisave dan soal kemampuan tidak lagi menjadi satu isu."

Encik Lee menyatakan demikian kepada pihak media di New York, di akhir lawatan seminggu ke Amerika Syarikat.

Laporan penuh berkenaan MediShield Life - merangkumi perincian kadar bayaran premium - telah dibentangkan hari ini oleh Jawatankuasa Semakan MediShield Life.

Encik Lee memuji jawatankuasa itu kerana "melakukan tugas yang baik" dalam mengemukakan "satu saranan yang rumit".

"Ia satu langkah utama dalam usaha kita memperkukuh jaringan keselamatan masyarakat kita, dalam memastikan rakyat Singapura bahawa mereka akan terus dilindungi daripada kos perubatan yang tinggi," katanya.

"Kita perlu memastikan butirannya betul, kita perlu pastikan premium dimampui, kita mesti pastikan adanya sokongan bagi golongan yang memerlukan sokongan," tambah Encik Lee lagi.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.