Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee rai 5 tahun guna Facebook

Apr 21, 2017 | 03:39 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong meraikan ulang tahun ke-5 menggunakan akaun sosial Facebook dengan mengongsi kisah warga Singapura yang ditemuinya sepanjang masa itu.



Sejak menjadi pengguna Facebook pada April 2012, akaun Facebook beliau telah menarik seramai 1.1 juta pengikut.



Pos yang dimuatnaikkan beliau sejauh ini agak bercampur - antara soal dasar yang serius dan perkara yang mencuit hatinya.



Minat beliau dalam bidang fotografi juga mula disedari ramai apabila Encik Lee sendiri mengongsi gambar-gambar yang dipetiknya.



"Ia satu perjalanan yang mengagumkan. Saya temui pelbagai kisah yang menyentuh dan merangsang hati, dapat bertemu rakan lama dan menjalin persahabatan baru!," kata Encik Lee dalam pos yang dimuatnaiknya pagi tadi. (21 Apr)



Antara mereka yang beliau paparkan termasuklah Cik Indranee Elizabeth Nadisen, warga muda, rakan-rakan dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), warga Singapura beliau ketemu di luar negara dan Encik Aziz Ahmad.



Encik Lee berkata, beliau ketemu Encik Aziz 31 tahun selepas beliau menyampaikan kepadanya anugerah dermasiswa, dan kali ini, beliau menyampaikan dermasiswa kepada anak Encik Aziz, Adam Zafran.



"Gembira melihat Aziz kini menikmati kehidupan yang baik, dan anak-anaknya mengikuti etika kerjanya," tulis beliau.



Cik Nadisen, yang dalam lingkungan usia 70an tahun, merupakan mak angkat paling lama bertugas. Beliau telah menjadi emak angkat kepada sekurang-kurangnya 45 kanak-kanak dalam masa 35 tahun.



Encik Lee juga mengetengahkan tiga kumpulan generasi muda: empat pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang bekerja bersama-sama pelajar di Pusat Rainbow bagi mereka kerusi yang akan dilelong untuk tujuan mencari derma; pemukul dram Taiko dari Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds) dan pengumpul barangan seni, Band of Doodlers.



Beliau juga mengongsi gambar dua bekas rakan sekerja dari SAF, anak kapal Singapore Airlines dalam penerbangannya ke luar negara dan warga Singapura yang tinggal di seberang.



Beliau juga mencuba fungsi Facebook Canvas menerusi telefon bijak, mengongsi album yang mengandungi wajah warga dan keadaan di Singapura.



Aplikasi ini membolehkan foto sepenuh skrin dipaparkan hanya di telefon bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >