Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis gesa orang ramai hati-hati berurusan di Internet

Dec 15, 2016 | 12:22 PM



POLIS hari ini mengongsi gambar rajah di laman Facebook mereka sebagai mengingatkan orang ramai tentang cara membeli-belah secara selamat di Internet.



Gambar rajah itu, yang dimuatnaikkan oleh Carousell dan bertajuk, Langkah Mudah Untuk Berbelanja dengan Selamat di Carousell, menawarkan panduan bagi kedua-dua pembeli dan penjual.



Ini termasuk panduan bagi mengadakan pertemuan untuk tujuan jual-beli, terutamanya untuk barangan yang berharga.



Poster itu juga disertakan dengan peringatan - "Ingat: Jika tawaran itu sukar dipercaya, ia tentunya begitu!"



Peringatan ini timbul selepas seorang lelaki berusia 27 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dalam penjualan tiket palsu di ZoukOut.



Penipuan ZoukOut melibatkan penjualan tiket yang diberi potongan harga untuk pesta tahuan di pantai yang diadakannya.



Mangsa perlu membayar kepada si penjual tetapi tidak menerima tiket, dan penjual kemudiannya tidak dapat dihubungi.



Lelaki yang disyaki telah diberkas kelmarin (13 Dis), dan menghadapi satu tuduhan menipu, di mana dia beliau didenda dan dipenjara sehingga 10 tahun.



Bulan lalu, seorang gadis 19 tahun telah diberkas kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes menipu di laman beli-belah Carousell.



Mangsa telah membuat laporan polis mengadu bahawa seorang penjual telah gagal memberikan barangan selepas pembayaran dibuat ke akaun bank yang ditetapkan.



Penjual barangan itu telah mengiklankan barangan seperti gincu berjenama dan tiket Malam Halloween Yang Menyeramkan di Universal Studios Singapura dengan harga yang murah.



Akhbar The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa kes-kes penipuan melibatkan urusan jual-beli di Internet telah meningkat dari 846 pada enam bulan pertama 2015 ke 995 bagi tempoh masa yang sama tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >