Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal digital bagi pindah hak hartanah bakal siap pada 2026

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



PORTAL Pemindahhakkan (Conveyancing) Digital (DCP), yang kali pertama diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong, tahun lalu dijadual siap pada 2026.



Dalam hal ini, syarikat Tech Mahindra telah dilantik untuk membangunkan platform dalam talian itu dalam tiga fasa, kata Encik Tong di Majlis Anugerah Cabaran Inovasi Sistem Satelit Navigasi Global semalam.



Ini sedang Penguasa Tanah Singapura (SLA) berhasrat mahu mendigitalkan sepenuhnya proses semasa yang berasaskan kertas bagi kedua-dua hartanah swasta dan awam.



Pemindahhakkan ialah proses undang-undang pemindahan hak milik harta daripada seorang individu kepada individu lain.



Fasa pertama akan merangkumi peringkat Pilihan untuk Membeli (OTP) bagi transaksi jualan pemaju, jualan semula dan sub-jualan. Ini dijangka siap pada suku kedua 2024.



Fasa kedua akan merangkumi tahap prapenyiapan dan penyiapan bagi urus niaga jualan pemaju.



Fasa terakhir akan meliputi peringkat prapenyiapan dan penyiapan bagi transaksi jualan semula dan sub-jualan.



Proses sekarang memakan masa lama, dengan urus niaga mengambil masa lapan hingga 12 minggu untuk diselesaikan.



Kajian terbaru mendapati kira-kira 70 peratus dokumen yang dikendalikan dalam proses itu masih dalam salinan cetak, dan lebih 17 pihak berkepentingan terlibat untuk menyelesaikan satu transaksi.



Encik Tong berkata: "Dalam era digital hari ini, di mana sesuatu perkara berlaku dengan satu klik, ini agak tidak dapat difikirkan."



Dengan DCP, SLA akan menyelaraskan proses itu - daripada menyepadukan perkhidmatan digital seperti e-pembayaran dan penyerahan dokumen bagi menyemak butiran terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >