Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Dipilih tidak dapat jalankan tugas jika terikat dengan sokongan parti politik: Salleh Marican

Aug 27, 2023 | 08:24 PM



Encik Mohamed Salleh Marican, yang merupakan salah seorang penyetuju bagi calon Pilihan Raya Presiden 2023, Encik Ng Kok Song, telah melahirkan keprihatinan bahawa Presiden Dipilih yang terikat dengan sokongan mana-mana parti politik tidak dapat menjalankan tugas Perlembagaan dengan baik demi warga Singapura.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Ltd itu juga pernah melahirkan hasrat ingin bertanding dalam calon Pilihan Raya Presiden 2017, namun tidak diberikan Sijil Kelayakan (COE) bagi pilihan raya tersebut.

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Encik Salleh berkata Artikel 19(2)(f) dalam Perlembagaan menyatakan bahawa calon Presiden tidak boleh menganggotai parti politik.

“Pemerintah dipimpin Perdana Menteri dan anggota Kabinet yang dipilih daripada Anggota Parlimen.

“Anggota Parlimen ini merupakan wakil parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum.

“Sekiranya Presiden terikat dengan parti-parti politik ini bagi pengesahan atau sokongan, saya bimbang beliau tidak dapat melaksanakan tugas Perlembagaan beliau dengan baik demi kepentingan rakyat Singapura,” ujar Encik Salleh.

Tambahnya, itu juga sebabnya beliau melahirkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017, kerana mahu menawarkan dirinya sebagai calon bebas dari luar parti politik.

Encik Salleh berkata demikian menyusuli tindakan seorang lagi calon Pilihan Raya Presiden 2023, Encik Tan Kin Lian, yang diiringi calon yang pernah bertanding dengannya semasa Pilihan Raya Presiden 2011 – Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, dan Encik Tan Jee Say yang pernah menyertai Parti Demokratik Singapura (SDP) sebelum menubuhkan Parti Singaporeans First (SingFirst atau Warga Diutamakan) – sebagai penyokongnya semasa berkunjung ke Pusat Makanan People’s Park pada Ahad pagi.

“Kita kini mempunyai tiga calon Presiden – seorang yang pernah berkhidmat dalam parti pemerintah hingga sebulan lalu, seorang yang mendapat sokongan tokoh pembangkang dan seorang yang tidak berpihak.

“Warga Singapura mempunyai pilihan. Saya menggesa rakyat Singapura untuk melihat melebihi politik yang berpihak dan mengundi untuk mengukuhkan pengawasan Perlembagaan terhadap tadbir urus Singapura,” ujar Encik Mohamed Salleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >