Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program buka ruang teroka bidang yang diminati

Sedang ramai pelajar menceburi kurikulum berasaskan akademik di peringkat sekolah menengah, terdapat juga sekumpulan pelajar yang menuntut kurikulum vokasional yang berasaskan kemahiran. Sempena ulang tahun Sekolah Menengah Crest yang ke-10, Berita Harian menyorot kisah pelajar serta alumni sekolah tersebut yang telah meraih manfaat daripada sistem pembelajaran yang tertumpu kepada kemahiran itu. Ikuti kisah mereka.
Jun 05, 2023 | 02:34 PM



KUNJUNGAN Dewi Virianna Elvia Mohammed Nizam ke acara Formula Satu semasa kecil berkembang dan menimbulkan kemahuan untuk bekerja dalam industri kereta.

Dengan kurikulum yang boleh mengasah minat dan kebolehannya, pelajar menengah empat di Sekolah Menengah Crest itu sedang membina laluan ke arah memenuhi cita-citanya.

Dewi sedang mengikuti kursus khas dan vokasional, termasuk Kursus Perubatan dan Reka Bentuk Automotif, dan Kursus Operasi Kulinari dan Restoran.

“Saya belajar tentang pneumatik – berkaitan fungsi dan operasi kereta. Saya dapat belajar sambil mengejar minat saya,” kata Dewi, 16 tahun, mengenai kursus yang memberinya peluang mempelajari tentang kereta secara lebih umum.

Dewi juga belajar tentang reka bentuk dan percetakan, dan ini juga berkaitan dengan kejuruteraan kereta.

Kursus seperti itu adalah sebahagian daripada kurikulum dikhususkan oleh Sekolah Menengah Crest bagi mencipta pendidikan yang mencerminkan minat dan kebolehan pelajar mereka.

Semasa temu bual dengan Berita Harian (BH), Dewi menerangkan bagaimana pendidikan itu sesuai bagi dirinya: “Saya minat Lego dan suka membina objek. Jadi pendidikan khas ini lebih sesuai buat saya.”


Program Pengalaman Industri (IEP) memberi Dewi peluang menambah pengalaman berasas realiti dengan bekerja di Igus, sebuah syarikat kejuruteraan Jerman.

“Semasa bekerja di Igus, saya belajar cara untuk memfailkan dokumen berdasarkan invois, menguruskan bekalan. Ini penting bagi memastikan produk yang dihantar ke luar negera tidak rosak atau terdapat bahagian yang hilang,” kata Dewi.

Peluang bekerja dengan Igus juga menolongnya mempelajari kemahiran lembut, dan tahu di mana mendapatkan bantuan, jika perlu.

“Sebab ia kali pertama saya bekerja, saya terdedah kepada pelbagai tekanan. Dalam perjalanan ini, saya mengetahui kepentingan berpasukan dengan rakan sekerja,” tambahnya.

Selain peluang pekerjaan, Dewi juga mengimbas kembali program pertukaran bernama Meridian International Learning Experience melalui Zoom semasa Covid-19, anjuran sekolahnya.

“Melalui program pertukaran ini, saya mendapat tahu tentang budaya dan proses sekolah lain daripada apa biasa dialami di Singapura.

“Saya juga membuat kawan-kawan baru. Saya minat tarian dan daripada program ini, saya dapat membuat kawan.

“Perkara paling menyeronokkan adalah dengan hubungan yang terjalin daripada program ini, kami telah mewujudkan kumpulan sembang Telegram yang membolehkan kami bertanya khabar dan berkongsi apa-apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ini mengurangkan rasa sunyi akibat Covid,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >