Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program kepimpinan universiti usaha terbaik S'pura perkukuh hubungan Asean

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM bagi Kepimpinan dalam Pengurusan Universiti Yayasan Temasek Antarabangsa - Universiti Nasional Singapura (TF-NUS Plum) adalah satu saluran penting bagi Singapura mengukuhkan komitmennya pada rantau Asia Tenggara.



Presiden Halimah Yacob berkata program itu juga membolehkan pemimpin universiti di Asean terus memperkukuh hubungan, bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik, serta membangun rantau ini secara bersama.



Berkata demikian semasa majlis penutup TF-NUS Plum ke-10 di Muzium Tamadun Asia semalam, Puan Halimah berkata:



"Sebagai program kepimpinan universiti penting yang dianjurkan bersama Yayasan Temasek dan NUS, Plum merupakan usaha terbaik Singapura untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap Asia Tenggara, dan bagi pemimpin universiti Asean untuk memperkukuh hubungan, bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik, serta membangun rantau ini secara bersama.



"Selepas dua tahun sekatan perjalanan sejagat, sidang puncak 10 tahun ini juga memberi peluang sempurna bagi kita untuk berhubung semula secara peribadi, untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dan untuk menjalin persahabatan baru dengan rakan kongsi rantau kita dalam pendidikan tinggi," katanya.



Plum dibentuk pada 2012 sebagai wadah buat pemimpin universiti membina modal sosial dan keupayaan melalui pembangunan tadbir urus dan pengurusan universiti.



Sejak itu, termasuk pemimpin yang hadir pada sidang puncak kali ini, hampir 300 peserta dari lebih 30 universiti terkemuka di 10 negara Asean menjadi sebahagian Plum.



Dalam ucapannya juga, Puan Halimah berkata dalam dunia semakin berdaya saing, nilai dan kepentingan untuk mengekalkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat Asean tidak boleh diperkecilkan.



"Hubungan kami dengan jiran kami sentiasa menjadi kepentingan utama, dan kami terus berusaha mencari jalan dan peluang membina dan mengukuhkan ikatan ini demi kebaikan rantau kita secara keseluruhan.



"Pembangunan masyarakat Asean melalui kerjasama dalam pendidikan tinggi, adalah satu cara, dengan perhimpunan pemimpin universiti Asean melalui Plum, adalah satu peluang sedemikian," ujarnya.



Puan Halimah menambah, banyak gangguan dan cabaran yang dihadapi masyarakat Asean sejak dua tahun lalu, namun ia juga telah memberi pengajaran penting tentang keperluan kritikal bagi negara rantau ini untuk dapat bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan pantas kepada keadaan yang berubah-ubah.



"Kita mesti menjangka bagaimana elemen ini akan mengubah cara kita bekerja, belajar dan berinteraksi.



"Lebih penting, kita mesti berubah demi mendidik pelajar kita dan masyarakat kita secara meluas, supaya semua boleh menjalani kehidupan produktif," tambah beliau.




"Sebagai program kepimpinan universiti penting yang dianjurkan bersama Yayasan Temasek dan NUS, Plum merupakan usaha terbaik Singapura untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap Asia Tenggara, dan bagi pemimpin universiti Asean untuk memperkukuh hubungan, bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik, serta membangun rantau ini secara bersama."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >