Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek kaji purba bakal mula di tapak Keppel Club, sebelum estet rumah dibina

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



SATU kajian arkeologi di tapak Keppel Club akan bermula tahun ini dan selesai sebelum kawasan tersebut dibangunkan semula menjadi estet perumahan.



Mengumumkan kajian itu kelmarin, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pihak berkuasa akur akan potensi arkeologi dan sejarah tapak itu, yang akan dibangunkan semula untuk menyediakan lebih 9,000 rumah baru.



Menerusi laman Facebook beliau, Encik Lee berkata kajian oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) itu akan mempertingkat pemahaman tentang erti dan peranan sejarah tapak tersebut.



Pakar arkeologi akan menjalankan kerja penggalian, memperoleh dan menilai sebarang hasil dapatan, ujar beliau.



"Agensi akan bekerja rapat bersama untuk menguruskan garis masa pembangunan secara keseluruhan," ujar Encik Lee.



Sekitar 6,000 rumah di tapak sebesar 48 hektar itu - iaitu seluas sekitar 67 padang bola sepak - merupakan flat awam, dengan kumpulan pertama flat itu akan dilancarkan buat jualan dalam tempoh tiga tahun akan datang, menurut HDB April lalu.



Baki 3,000 rumah yang akan dibangunkan dijangka perumahan privet.



Dalam respons bertulisnya kepada maklum balas awam berhubung kajian kesan sekitaran yang dijalankan bagi tapak itu dua tahun lalu, HDB dan URA berkata tapak itu boleh mengandungi beberapa lapisan sejarah dari abad ke-14 hingga Perang Dunia Kedua.



Menurut kisah askar yang terlibat dalam perang itu, askar Britain yang tewas berkumpul di kawasan Keppel Golf Links tidak lama selepas Britain menyerahkan Singapura kepada Jepun pada 1942.



Sementara itu, penggiat warisan berkata masyarakat berbilang kaum juga wujud di kawasan itu seawal 1300-an.



Selain menjalankan kajian arkeologi itu, HDB dan URA berkata agensi akan melindungi sebahagian kawasan yang diperuntuk bagi tanaman dengan kawasan hijau tambahan di sepanjang sempadan timur tapak itu menyusuli maklum balas dan saranan daripada kumpulan alam sekitar.



HDB telah menerima 46 respons sepanjang tempoh maklum balas bagi kajian itu dari 12 April hingga 11 Mei lalu.



Meskipun tapak Keppel Club itu diuruskan dan dijaga dengan amat baik, kajian itu mendapati bahawa ia juga merupakan tempat burung mencari makan dan bersarang selain menawarkan hubungan ekologi bagi burung antara Southern Ridges - yang terbentuk daripada Mount Faber Park, Telok Blangah Hill Park dan Kent Ridge Park - serta Hutan Simpanan Labrador dan Sentosa.



Selain ruang hijau baru di sepanjang sempadan timur tapak itu, HDB juga akan menyediakan sekitar 10 hektar ruang hijau dalam tapak perumahan yang akan dibangunkan itu.



April lalu, HDB berkata empat koridor hijau akan menjadi sebahagian daripada pembangunan kawasan tersebut.



HDB dan URA berkata jalur hijau di sempadan timur tapak itu akan menyediakan hubungan alternatif ke kaki bukit Mount Faber bagi burung yang lebih sensitif kepada sekitaran bandar seperti burung barau-barau (straw-headed bulbul), punai ara biasa (thick-billed green pigeon) dan bubut besar Asia (greater coucal).



Tambahnya, agensi akan meneroka cara untuk memperkenal perentasan kehidupan liar untuk membolehkan pergerakan ekologi merentas jalan raya baru yang diusulkan melalui tapak tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >