Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSI turun tetapi kekal dalam paras sangat tidak sihat

Sep 25, 2015 | 02:52 PM



KEADAAN jerebu bertambah baik pada tengah hari Jumaat (25 Sep) tetapi PSI 24 jam kekal pada paras tinggi julat Sangat Tidak Sihat.


Pada 2 tengah hari, PSI 24 jam berada pada paras 239-292. Ia mencecah julat berbahaya (melebihi 300) pada 4 pagi dan meningkat kepada 322 pada 8 pagi. PSI tiga jam, yang tidak terikat pada nasihat kesihatan, bagaimanapun, turun kepada 80 pada  2 petang.


Semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Singapura ditutup pada Jumaat kerana keadaan jerebu yang semakin teruk itu, umum pemerintah pada Khamis malam.


Tadika kendalian dan sekolah pendidikan khas Kementerian Pendidikan (MOE) juga ditutup.


Guru, bagaimanapun, masih perlu pergi ke sekolah untuk menyelia pelajar yang ibu bapa tidak dapat membuat aturan alternatif untuk mereka.


Ini kali pertama sekolah Singapura ditutup kerana jerebu.


Pemerintah juga menambah langkah-langkah yang telah diambil sebelum ini membantu orang ramai menghadapi jerebu: warga Singapura yang terdedah dan memerlukan boleh mendapatkan pelitup di 108 kelab masyarakat di seluruh negara dari 10 pagi hingga 10 malam pada Jumaat.


Mungkin terdapat sedikit kelegaan pada hujung minggu, kerana angin diramal berpindah arah.


Tetapi keadaan berjerebu mungkin berlangsung selama sebulan lagi atau lebih, kerana ini tahun El Nino dan mungkin cuaca kering hingga November, ujar Menteri Alam Sekitar, Dr Vivian Balakrishnan.


Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka.


Dalam satu pos Facebook pada Khamis, beliau menulis: "Harap minum banyak air dan elak keluar rumah jika anda boleh. Tengok-tengokkan jiran dan rakan, dan harap selamat selalu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >