PULUHAN saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan Asmah Laili berhimpun di Masjid Ba’alwie, pada Sabtu (16 Februari), untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada personaliti radio popular yang meninggal dunia pada hari sebelumnya.
Beliau berusia 79 tahun.
Solat jenazah diadakan di masjid di Lewis Road itu, sebelum jenazah dikebumikan di Pusara Aman.
Berita Harian sebelum ini melaporkan Allahyarhamha kurang sihat kerana menghidap penyakit fibrosis pulmonari iaitu parut atau kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan serius.
Allahyarhamha perlu bergantung kepada tangki oksigen mudah alih selama 15 jam sehari termasuk semasa tidur, solat dan pada bila-bila masa beliau rasa sukar bernafas.
Semasa hayatnya, selain terkenal sebagai juruhebah radio sejak 1959, Allahyarhamha juga merupakan antara penyampai berita wanita perintis Mediacorp dan telah banyak melatih pembaca berita radio dan televisyen.
Allahyarhamha, yang berkhidmat di stesen radio Warna 94.2FM, juga dikenali dengan bakatnya mengendalikan rancangan memasak di televisyen, seperti Dapur Mami dan Sedap di saluran Suria, selain menerbitkan beberapa buku resipi.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Sebagai penerbit, beliau antara lain pernah menghasilkan rancangan Pentas Radio, dan pernah menerbitkan rancangan Bertutur Bahasa Inggeris di radio. Rancangan tersebut malah juga merupakan salah satu rancangan terbitan radio yang menjadi rancangan pertukaran dengan Stesen Penyiaran Brunei.
Allahyarhamha bersara pada 1997.
* Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.