Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Penyembuhan Luka di CGH dirasmikan

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT menderita luka kronik kini mempunyai jalan lebih cepat untuk pulih dengan adanya Pusat Penyembuhan Luka di Hospital Besar Changi (CGH).



Kemudahan itu, yang mula beroperasi pada Mei, dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan (Kesihatan dan Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, semalam.



CGH hospital awam pertama mempunyai pusat pakar khusus bagi rawatan luka.



Hospital itu berkata seorang dalam 20 warga Singapura mempunyai luka kronik, iaitu luka tidak sembuh dalam tempoh empat hingga enam minggu.



Bilangan ini dijangka meningkat dalam tahun-tahun mendatang akibat masyarakat menua dan bertambahnya pesakit kencing manis.



Pusat pakar luka itu ditubuhkan untuk menyediakan campur tangan awal dan rawatan pesakit luar bagi luka kronik.



Luka sedemikian termasuk ulser kaki disebabkan kencing manis dan ulser arteri, yang selalunya merupakan komplikasi masalah kesihatan lain.



Luka lebih kecil dan tersembunyi juga mungkin tidak diketahui hingga ia dijangkiti.



Pusat tersebut menawarkan pesakit akses kepada pakar luka dengan latar belakang dalam pembedahan ortopedik, vaskular, plastik, estetik, serta jururawat penjagaan luka.



Pesakit boleh menjalani ujian diagnostik, penilaian dan rawatan pada hari sama di pusat itu.



Selepas menerima rujukan pantas daripada poliklinik atau jabatan kecemasan, mereka boleh ke pusat itu dalam masa dua minggu.



Pengarah Pusat Penyembuhan Luka, Dr Derek Ho, yang juga konsultan vaskular di jabatan pembedahan CGH, berkata sering rawatan pesakit mungkin tergendala kerana mereka dirujuk kepada pelbagai pakar.



"Masa menunggu bagi janji temu boleh mengambil hingga dua bulan.



"Namun, di pusat ini, pelbagai jenis luka boleh dirawat panel pakar kami dalam masa dua minggu.



"Dengan akses awal kepada khidmat penyembuhan luka, kami mahu kurangkan kehadiran di jabatan kecemasan, kemasukan dan pembedahan tidak diperlukan, yang dapat mengurangkan kos dalam jangka panjang," kata Dr Ho.



Pusat tersebut menyediakan sekitar 1,000 konsultasi dan prosedur berkaitan luka setiap bulan.



CGH juga menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat bioteknologi tempatan Celligenics untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersama dalam penyelesaian penjagaan luka.



Penandatanganan MOU itu disaksikan Dr Koh, Pengerusi SingHealth, Encik Cheng Wai Keung, dan Pengerusi Celligenics, Encik Koh Choon Hui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >