Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera William kunjung TreeTop Walk di hutan semula jadi S’pura

Nov 08, 2023 | 08:19 PM



Dikelilingi kicauan burung dan kehijauan semula jadi, Putera William dari Britain bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong mengunjungi hutan simpanan terbesar di pulau ini, TreeTop Walk pada pagi Rabu.

Putera William yang tiba di Singapura pada Ahad, berada di sini selama empat hari bagi satu lawatan kerja.

Pada Selasa, beliau menghadiri Majlis Anugerah Hadiah Earthshot 2023.

Ia merupakan satu inisiatif yang diasaskannya untuk menganugerahkan £1 juta (S$1.67 juta) setiap seorang kepada lima pemenang setiap tahun, untuk mencari huraian dalam menangani cabaran alam sekitar yang terbesar di dunia.

Putera William dan Encik Wong berjalan sepanjang jambatan setinggi 25 meter di Hutan Simpanan Tadahan Air Central sambil menikmati pemandangan luas hutan yang menawarkan pelbagai tarikan semula jadi.

Semasa lawatan selama sejam itu, mereka bertemu dengan empat wakil daripada program NPark Youth Stewards for Nature.


Dilancarkan pada 2021, program itu melibatkan NParks membimbing para sukarelawan muda berusia 18 hingga 25 tahun, dalam melaksanakan projek berkaitan alam seperti kajian jumlah spesis, dan mereka taman terapeutik.

Semasa berjalan, Putera Wales juga bertemu dengan Dr Isabelle Lackman, seorang finalis Hadiah Earthshot 2022.

Beliau mengasaskan Hutan, sebuah pertubuhan penyelidikan yang berpangkalan di Borneo yang mengkaji dan memantau kepelbagaian biologi rantau ini, daripada penyelidikan orang utan liar dan gajah, serta tinjauan burung dan katak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >