Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera William kunjungi Presiden Tharman, PM Lee

Nov 06, 2023 | 07:43 PM



Putera William dari Britain melakukan kunjungan ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana pada Isnin, sebagai sebahagian lawatan kerja beliau ke Singapura dari 5 hingga 8 November.

Anak Raja Charles yang juga pewaris takhta Britain itu berada di sini untuk menghadiri majlis penyampaian Hadiah Earthshot, yang akan berlangsung di Singapura pada 7 November. Ini kali pertama penyampaian anugerah itu diadakan di Asia.

Hadiah Earthshot diasaskan oleh Putera William dan badan amal Yayasan Diraja pada 2020 bagi melindungi alam sekitar dan mencari huraian bagi pelbagai masalah alam semula jadi.

Dalam catatan Facebooknya pada Isnin, Encik Tharman berkata: “Putera William dan saya membincangkan huraian inovatif yang diperlukan untuk menahan perubahan iklim dan krisis air global yang semakin teruk.

“Singapura dan United Kingdom meningkatkan kerjasama kami dalam tugas kritikal ini sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik yang dilancarkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, dua bulan lalu.”

Mengalu-alukan ketibaan Putera William di Istana dalam catatan Facebooknya, Encik Lee berkata: “Putera William melancarkan Hadiah Earthshot pada 2020 untuk mengiktiraf huraian bagi cabaran alam sekitar mendesak, termasuk perubahan iklim, yang boleh dipertingkatkan untuk mengatasi masalah ini.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Putera William di Singapura, dan semoga berjaya kepada finalis Hadiah Earthshot.”

Majlis penyampaian Hadiah Earthshot kali pertama diadakan di London pada 2021 dan kemudian di Boston, Amerika Syarikat, pada 2022.

Menurut Istana Kensington, Singapura dipilih menjadi tuan rumah majlis itu tahun ini kerana peranannya sebagai “hab inovasi” di Asia Tenggara.

Mengulas tentang lawatannya ke Singapura, Putera William berkata: “Adalah sungguh mengagumkan untuk kembali ke Singapura bagi menghadiri majlis penyampaian Hadiah Earthshot tahun ini, selepas 11 tahun. Wawasan berani Singapura untuk menjadi peneraju inovasi alam sekitar menetapkan piawaian untuk negara lain.”

Pada Isnin pagi, beliau menyertai Pasukan Lumba Bot Naga Britain dalam sesi latihan di Marina Reservoir, serta bertemu warga Singapura untuk melihat bagaimana pertubuhan tempatan berusaha melindungi dan memulihkan bumi.

Berpakaian baju polo putih dan topi hitam, beliau sebahagian daripada pasukan yang menewaskan bot yang diketuai Pesuruhjaya Tinggi Britain, Cik Kara Owen.


Selain majlis penyampaian Hadiah Earthshot, Putera William dijangka menghadiri sidang puncak antarabangsa United for Wildlife (UfW) dari 6 November hingga 7 November.

Acara pameran UfW, yang diadakan pada 6 November di taman Gardens by the Bay, akan menyatukan pemimpin daripada sektor pemuliharaan, penguatkuasaan undang-undang, pemerintah dan swasta.


Putera William dan Yayasan Diraja melancarkan UfW pada 2014 untuk menangani perdagangan haram hidupan liar.

Kedua-duanya, Hadiah Earthshot dan UfW, sebahagian daripada Minggu Earthshot, iaitu satu siri acara khas di Singapura yang merai semangat inspirasi inovasi iklim di seluruh Asia Tenggara.

Minggu Earthshot dihoskan dengan kerjasama Temasek Trust, Temasek, GenZero dan Conservation International.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >