Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

REACH kini punya panel penasihat khusus terdiri daripada belia

Nov 13, 2022 | 08:24 AM



BAGI membawa perspektif belia yang unik kepada isu nasional penting seperti pendidikan, pekerjaan, kesihatan mental, seni dan budaya serta pembanguan belia, unit pendekatan dan maklum balas kebangsaan REACH telah membentuk sebuah Panel Penasihat Belia baru.



Ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, yang mendedahkan beberapa perubahan pada pendekatan REACH dalam sebuah majlis penghargaan panel di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam.



Sebelum ini, belia sebahagian daripada Panel Penyeliaan REACH - kini diberi nama baru Panel Penasihat REACH - tetapi kini mereka menganggotai panel mereka sendiri, terdiri daripada 18 orang yang mewakili universiti, politeknik, Insitut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi seni di sini.



Antara yang memulakan perjalanannya sebagai anggota panel itu ialah seorang mahasiswa tahun ketiga Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Mikhyle Mat Nooh, 23 tahun.



Beliau, yang tidak asing kepada kerja kesukarelawanan dan merupakan tutor Skim Tuisyen Mendaki (MTS), berharap dapat bertukar-tukar pandangan bersama ahli panel lain dan mencari cara memberi manfaat kepada anak Melayu muda, terutama dalam melihat cita-cita mereka, melakar masa depan mereka dan mendedahkan mereka kepada isu global melebihi sempadan sekolah supaya menjadi insan yang lebih berpengetahuan.



Bagi pelajar jurusan pengurusan kemudahan dan projek itu, isu paling penting ialah pendidikan kerana ia wadah untuk seseorang maju ke tahap seterusnya.



"Melalui pendidikan, mereka dapat mencapai cita-cita mereka.



"Sayangnya, ada golongan kurang berkemampuan... saya berharap menerusi panel ini kami boleh melibatkan Yayasan Mendaki atau masyarakat untuk membantu menyokong pelajar kita yang memerlukan dari segi kewangan, supaya mereka boleh memanfaatkan ini (inisiatif seperti dermasiswa dan subsidi) untuk melanjutkan cita-cita dan pelajaran mereka," ujarnya Encik Mikhyle.



Diminta mengulas ketika ditemui, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata mendekati belia membuatkan mereka berasa ada telinga yang mendengar pandangan mereka dan bahawa pemerintah prihatin.



Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi REACH, menambah bahawa demografi telah berubah dengan orang ramai tidak hanya menerima perkara seadanya, tetapi mempersoalnya.



Menyifatkan hal itu sebagai "sihat" kerana ia mendorong pertumbuhan, Cik Rahayu berkata REACH adalah wadah dua hala yang membolehkan orang ramai memberi maklum balas dan pada masa sama pemerintah dapat melihat apakah dasar tertentu berhasil, bagaimana membuatnya lebih baik, dan untuk menjelaskan dasar mahupun tukar ganti.



Sepanjang tahun lalu, REACH telah mendekati lebih 200,000 orang.



Semalam, Panel Penasihat REACH menyambut pelibatan anggota baru daripada sektor baru, termasuk bidang pembangunan wanita, kemampanan dan kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >