Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan bantu 1,000 keluarga Boon Lay

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 400 para sukarelawan berkumpul untuk meningkatkan kehidupan 1,000 keluarga yang mudah terjejas di Boon Lay.



Pek yang mengandungi kepentingan harian itu disediakan khas untuk membantu keluarga-keluarga yang menghadapi kenaikan harga dan melindungi mereka daripada denggi.



Menteri Pembangunan Negara (MND), Encik Desmond Lee dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Cik Low Yen Ling yang juga Datuk Bandar, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West turut menyertai acara itu yang berlangsung tengahari semalam.



Menurut Encik Lee, beliau menghargai usaha ExxonMobil memperkaya dan meningkatkan taraf hidup penduduk di Boon Lay.



"Sepanjang 12 tahun yang lalu, ExxonMobil telah membawa kegembiraan kepada para penduduk kita dengan semangat dan tenaga mereka serta kehadiran mereka di kawasan kejiranan.



"Kami berharap dapat melihat lebih banyak usaha kolektif seperti ini di mana masyarakat saling menjaga dan membina semangat kemasyarakatan yang kuat untuk menyumbang ke arah Singapura yang lebih penyayang," kata beliau.



Lebih 400 sukarelawan dari ExxonMobil dan keluarga mereka serta akar umbi Boon Lay menyertai acara mengagihkan pek keperluan asas bernilai $38 setiap satu kepada isi rumah yang mudah terjejas di Boon Lay.



Kegiatan ini merupakan sebahagian daripada program tahunan Adopt @ Boon Lay, di mana sukarelawan daripada ExxonMobil Asia Pacific Pte Ltd dan akar umbi Boon Lay mengagihkan pek yang mengandungi keperluan asas rumah.



Kandungan pek tahun ini adalah khusus membantu para penduduk menghadapi kenaikan harga dan melindungi mereka daripada denggi.



Dengan peningkatan kes denggi di kawasan itu, termometer dan pencegah serangga ditambah kepada pek keperluan itu bagi membolehkan para penduduk memantau keadaan kesihatan mereka dan melindungi diri mereka daripada denggi.



Barangan keperluan harian lain seperti tisu, berus gigi, dan ubat gigi juga diantara barangan keperluan yang boleh didapati di dalam pek itu.



Ini tahun ke-12 ExxonMobil menyokong program Adopt @ South West itu.



ExxonMobil telah meningkatkan sumbangan sebanyak 20 peratus tahun ini untuk membantu golongan yang mudah terjejas di South West CDC melalui Dermasiswa Pengangkutan South West CDC-Exxonmobil serta program Adopt@South West.



ExxonMobil juga meningkatkan sumbangan tahunan kepada Dermasiswa Pengangkutan.



Tahun ini, Dermasiswa Pengangkutan tahunan itu ditingkatkan dari $60,000 kepada $70,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >