Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan, penderma terima penghargaan dari Persatuan Kanak-Kanak S’pura

Jun 24, 2023 | 08:32 PM



Sebagai seorang ibu tiga anak, Cik Suraiyah Ibrahim sering rasa sedih melihat kanak-kanak lain yang tertekan dek tidak mempunyai sokongan apabila perlu tampil memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi.

Oleh itu, beliau tidak teragak-agak untuk tampil menjadi relawan apabila beliau mendapat tahu tentang Program Sokongan Saksi yang Mudah Terpengaruh (VWSP) kendalian Persatuan Kanak-Kanak Singapura bersama pihak mahkamah.

Program itu antara lain bertujuan membantu mangsa atau saksi bawah 18 tahun, yang perlu memberi keterangan di mahkamah.

Sebagai sebahagian relawan program itu, Cik Suraiyah, 59 tahun, berkata beliau memainkan peranan mendampingi golongan bawah 18 tahun ini dan membimbing mereka sepanjang proses mahkamah yang boleh dianggap ngeri buat mereka.

Sumbangannya sebagai relawan di bawah program itu selama dua dekad diiktiraf pada Sabtu, apabila beliau disampaikan Anugerah Perkhidmatan Platinum oleh Persatuan Kanak-Kanak Singapura.

Dalam majlis di Orchard Hotel itu, Cik Suraiyah disampaikan anugerah oleh tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.

Beliau merupakan antara 70 relawan dan penderma yang telah diberi penghargaan di Majlis Penyampaian Anugerah Tahunan Persatuan Kanak-Kanak Singapura itu.

“Saya melakukan ini semua untuk menyumbang kepada masyarakat dan juga kerana rasa cinta saya terhadap kanak-kanak.

“Melalui program ini, setiap hari saya dapat belajar dan tingkatkan kemahiran dalam interaksi saya bersama kanak-kanak.

“Setiap pengalaman itu saya ambil sebagai pengajaran dan saya menggalak lebih ramai untuk tampil jadi relawan,” ujar Cik Suraiyah sambil menambah beliau rasa terharu dengan pengiktirafan tersebut.

Mengulas tentang majlis itu di laman Facebook beliau, Puan Halimah berkata agensi perkhidmatan sosial (SSA) seperti Persatuan Kanak-Kanak Singapura memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak, belia dan keluarga yang memerlukan.

“Persatuan Kanak-Kanak baru-baru ini telah memperluas perkhidmatannya untuk turut merangkumi kesihatan mental melalui sayap Oasis For Minds Services (OMS).

“Ia merupakan salah satu SSA di bawah program Cabaran Presiden-Institut Kesihatan Mental, yang menyediakan sokongan berasaskan masyarakat, kepada belia dengan simptom kesihatan mental yang ringan hingga sederhana.

“Sumbangan individu dan pertubuhan yang tidak kenal erti letih, yang diiktiraf hari ini membolehkan Persatuan Kanak-Kanak Singapura meneruskan usaha baiknya kepada masyarakat,” ujar Puan Halimah.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Singapura, Encik Koh Choon Hui.

Semasa berucap, Encik Koh turut merakamkan penghargaan bagi sokongan dan sumbangan berterusan dermawan serta relawan yang dapat membolehkan persatuan itu menyesuaikan diri dengan peredaran masa.

“Kami gembira Puan Halimah telah mengunjungi kami pada Mei untuk berinteraksi bersama kakitangan dan benefisiari OMS.

“Kami juga telah meluaskan bantuan kepada sekolah rendah, menerusi bengkel celik kesihatan mental dan usaha mewujudkan kesedaran.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang kesihatan mental belia dan juga untuk menggalak kesihatan mental yang positif,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >