Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CERITA-CERITA 'BLOGGER'

Rahsia penjana kandungan 'meleTOP'

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



DALAM era media sosial hari ini, sesiapa pun boleh menjana kandungan, seperti video yang ringkas dan menarik, hanya menggunakan telefon bimbit.



Namun, apa yang mungkin membezakan penjana kandungan yang lebih berjaya menarik pengikut adalah sikap konsisten dan strategik, memahami apa yang dimahukan penonton, serta 'X-factor' seperti personaliti, kata pengasas dan pengarah pemasaran Nimble Marketing Consultancy, Cik Bella Khaja.



"Tarikannya sekarang ialah video ringkas bermutu tinggi, yang hanya dihasilkan daripada telefon bimbit. Mesejnya mudah disampaikan. Tentunya kalau orang itu ada X-factor dan personaliti, ini akan membantu," kata Cik Bella.



Walaupun kandungan itu mudah dihasilkan, beliau akur penjana kandungan itu memerlukan strategi dari segi jalan cerita, perancangan jadual untuk menghasilkan kandungan, serta memahami demografik mereka.



"Mereka tahu trend dan siapa pengikut mereka, apa yang biasanya disukai pengikut mereka, dan menghasilkan kandungan mengikutnya," ujar Cik Bella, yang syarikatnya membantu perniagaan untuk memanfaatkan media sosial.



Dari segi perniagaan, beliau memberi contoh Cik Nawal Alhaddad, yang menubuhkan Glowco, jenama yang menjual pakaian dan tudung senaman Muslimah di wadah dalam talian.



Cik Bella menarik perhatian tentang penjanaan kandungan yang konsisten, teliti dan kreatif di laman Glowco itu.



Seorang lagi contoh personaliti media sosial ialah Encik Hafidz Rahman, yang merupakan salah seorang daripada pelawak duo 'Bonda Bedah dan Mak Temah'.



"Hafidz Rahman mempunyai akaun satira yang menarik kepada orang ramai kerana beliau 'relatable'. Videonya ringkas dan berada dalam kedudukan yang baik untuk berjaya kerana ia lain daripada yang lain.



"Sesiapa pun boleh jadi penjana kandungan, selagi anda boleh guna telefon untuk selfie. Cuma apa tujuan anda, nak hiburkan ke atau mendidik, atau kededuanya," ujar Cik Bella.



Antara pengguna TikTok yang paling diikuti hari ini ialah Khabane 'Khaby' Lame, warga Italy yang berasal dari Senegal, dengan lebih 149 juta pengikut.



Beliau terkenal dengan video lawaknya yang mempersendakan video 'life hack' yang terlalu rumit.



"Orang ramai mendapati videonya menghiburkan dan mendidik, walaupun beliau tidak perlu berkata apa-apa dalam videonya.



"Cuma apa yang sukar diramal ialah apakah video yang boleh menjadi tular. Itu yang susah untuk dijamin," ujarnya.



Sementara itu, penjanaan kandungan baru-baru ini meraih suntikan daripada pemerintah.



November lalu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda) mengumumkan skim latihan bagi membekalkan penjana kandungan setempat dengan kemahiran dalam pemasaran kandungan, pendekatan penonton, serta analisis data bagi tujuan meraih keuntungan dan mengembangkan sayap ke luar negara.



Semasa mengumumkan inisiatif itu, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, berkata ia bertujuan untuk membekalkan bakat setempat dengan kemahiran untuk memanfaatkan ekonomi digital.



Beliau berkata Asia merupakan pasaran terbesar di dunia dengan sekitar dua bilion pengguna aktif media sosial.



Di Asia Tenggara, antara 2020 dengan 2021, ekonomi digital berkembang hampir 50 peratus dari segi nilai di tengah pandemik.



Ekonomi penjana kandungan global diramalkan bernilai AS$104 bilion ($148 bilion) pada 2021, dengan potensi untuk berkembang menjadi industri trilion dolar menjelang 2026, kata Encik Tan.




PERLU KEMAHIRAN, STRATEGI DAN 'X-FACTOR' UNTUK BERJAYA SEBAGAI PEREKA KANDUNGAN



"Sesiapa pun boleh jadi penjana kandungan, selagi anda boleh guna telefon untuk selfie. Tarikannya sekarang ialah video ringkas bermutu tinggi, yang hanya dihasilkan daripada telefon bimbit. Mesejnya mudah disampaikan.

Tentunya kalau orang itu ada 'X-factor' dan personaliti, ini akan membantu. Mereka juga tahu trend dan siapa pengikut mereka, apa yang biasanya disukai pengikut mereka, dan menghasilkan kandungan mengikutnya."

- Cik Bella Khaja, pengasas dan pengarah pemasaran Nimble Marketing Cosultancy.




PENJANA KANDUNGAN POPULAR LAIN



KHAIRULAMING



SEBUT sahaja Khairul Aming - nama ini tidak asing bagi kedua-dua warga Malaysia dan warga Singapura.



Personaliti media sosial itu, yang nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, terkenal dengan resipi masakan di Instagram beliau yang mempunyai 3.5 juta pengikut.



Antara sirinya yang popular ialah '30 hari 30 resipi' sepanjang Ramadan, yang disampaikan menerusi cara yang mudah dalam video singkat diiringi komentar mencuit hati.



TOKWAN KAMI



Saluran 'Tokwan Kami' di YouTube memaparkan video memasak dalam suasana kampung, dengan masakan itu kemudian dikongsi bersama golongan memerlukan.



Ia merupakan versi Malaysia 'Grandpa Kitchen', saluran YouTube popular dari Telangana, India.



Antara video Tokwan yang popular termasuk video 'Ayam Goreng krup krup ala KFC', yang dimasak dan dikongsi bersama anak yatim.



Tokwan Kami mempunyai lebih 277,000 pengikut di YouTube.



MARK WIENS



Dengan lebih 9.25 juta pengikut di YouTube, Mark Wiens merupakan antara 'vlogger' makanan dan pelancongan yang popular di dunia.



Video beliau merakam kembaranya di seluruh dunia dari Asia, Amerika hingga Afrika, dan hidangan istimewa dari pelbagai negara.



Dalam lawatannya ke Singapura baru-baru ini, beliau mencuba hidangan nasi padang di Restoran Hajah Maimunah di Joo Chiat, bersama seorang lagi YouTuber di Singapura, Zermatt Neo.



FOOD RANGER



SALURAN 'The Food Ranger' merupakan seorang lagi 'vlogger' makanan dan pelancongan yang popular, dengan lebih 5.49 juta pengikut di YouTube.



Saluran itu dikendali Trevor James, seorang warga Canada yang gemar mencuba makanan jalanan (street food) di serata dunia - dari Indonesia, Malaysia hingga India.



Antara videonya yang popular ialah video menunjukkan lawatan serta makanan jalanan di Iran, yang menarik lebih 10 juta tontonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >