SEDANG kru kamera Berita Minggu menyediakan peralatan kamera bagi wawancara wartawan dengan mantan Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berdekatan dengan sebuah terusan di GRC Jalan Besar, beberapa penduduk yang lalu-lalang di kawasan itu tanpa segan-silu menyapanya.
Malah terdapat seorang lelaki yang sedang berbasikal dan mempunyai banyak kotak-kotak diikat pada basikalnya, kelihatan dari jauh sudah memekik nama "Yaacob" sambil melambai-lambai ke arah Dr Yaacob.