DENGAN Hari Penamaan Calon bakal menjelang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Mohamed Salleh Marican, yakin beliau akan layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden tahun ini.
Menurutnya sebelum ini, beliau telah meluangkan masa lebih 100 jam demi memastikan beliau melakukan yang terbaik untuk menjawab semua soalan dalam borang permohonan supaya layak bertanding.