Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedang jalani NS pun diberi peluang belajar, raih diploma

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



SARJAN Ketiga (3SG) Abdul Muhaimin Abdul Gafur pada awalnya kecewa apabila gagal mendapat tempat di politeknik untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan elektrikal selepas lulus Higher Nitec.



Namun, bak kata pepatah 'rezeki datang dari mana-mana', satu e-mel dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang diterimanya sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS) membawa sinar harapan.



E-mel itu adalah tawaran untuk pelajar Kolej East berusia 22 tahun itu menyertai Skim Bekerja Sambil Belajar (WLS) sebagai teknisyen semasa berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meraih diploma dalam kejuruteraan elektrikal.



3SG Muhaimin kini merupakan antara 450 peserta WLS yang merangkumi pelbagai bidang sejak ia diperkenal pada 2018 di keempat-empat cabang SAF.



Dalam bahas Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, berkata skim WLS telah "mencapai kemajuan yang menggalakkan"."



Di bawah skim itu, anggota NS sepenuh masa (NSF) boleh memperoleh diploma atau sebahagian kredit universiti daripada Institut Pengajian Tinggi, sambil menjalani tempoh perkhidmatan negara sepenuh masa diikuti dengan perkhidmatan tetap. Mereka dilatih dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pengurusan rantaian bekalan dan kejuruteraan, yang membolehkan mereka kemudiannya dilantik sebagai pakar digital, penyelia bekalan dan juruteknik.



"Sehingga 2025, kami boleh jangkakan seramai 500 NSF untuk menyertai skim WLS itu setiap tahun," katanya.



Beliau juga mengumumkan satu lagi peluang WLS bagi anggota NS meraih Diploma dalam Kejuruteraan (Teknologi Mekanikal) sebagai Spesialis Sistem Peperangan Laut, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).



Ini menjadikannya enam program WLS secara keseluruhan dari keempat-empat cabang SAF termasuk Teknisyen Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan spesialis Digital dan Siber Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), antara lain.



Ketika ditemui, 3SG Muhaimin berkata beliau tidak teragak-agak menerima tawaran WLS yang membolehkannya menjalani NS di samping meraih diploma. Ia juga menawarkan program latihan dan pendidikan yang melangkaui jangkaannya.



"Hasrat saya pada awalnya adalah untuk mendapatkan sijil diploma dalam kejuruteraan elektrikal. Namun, pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi melalui skim ini melebihi jangkaan," kata anak sulung keluarga tiga beradik itu.



Tanggungjawabnya sebagai teknisyen di Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Kesembilan (9 AMB) di Sembawang adalah untuk menyenggara Kenderaan Utiliti Operasi (OUV) berbentuk Ford Everest yang diguna untuk menyokong latihan unit SAF.



Beliau berkata selain dilatih untuk mengendali komponen elektrik kenderaan itu - iaitu kemahiran yang diraih semasa di ITE sebelum ini - beliau juga dapat mempelajari bidang mekatronik dan kejuruteraan mekanikal.



3SG Muhaimin turut merupakan seorang komander seksyen dan berpeluang menjalani latihan kepimpinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >