Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Semangat patriotik tetap percik suasana perayaan

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura diadakan berskala kecil dalam negara kini di bawah sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat)
Aug 10, 2021 | 05:30 AM



GABUNGAN semangat patriotrisme 600 peserta berseragam dan 100 penonton yang hadir di perbarisan istiadat Hari Kebangsaan bagi ulang tahun ke-56 Singapura membenamkan suasana sepi di platform terapung Marina Bay pagi semalam.



Dengan negara kini berada di bawah sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi mengekang penularan Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan Singapura semalam diadakan berskala kecil.



Ini merupakan kali kedua berturut-turut Singapura menyambut Hari Kebangsaan di tengah-tengah pandemik.



Semalam, hanya sebahagian kecil platform terapung Marina Bay - yang boleh menampung sekitar 30,000 orang - dihidupkan dengan kehadiran 100 penonton berbaju merah dan putih sambil mengibarkan bendera negara.



Mereka terdiri daripada Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan "wira harian" - warga Singapura yang telah berkhidmat di barisan depan atau tampil menjadi relawan masyarakat semasa pandemik.



Seramai 600 peserta berseragam daripada empat kontinjen kawalan kehormatan, Kontinjen Pembawa Panji-panji Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), lima kontinjen SAF dan Home Team, dan band gabungan SAF dan Pasukan Polis Singapura (SPF) mengambil bahagian dalam perbarisan semalam.



Sementara itu, lagi 200 peserta mewakili sembilan kumpulan seragam belia dan 12 organisasi sosial dan ekonomi menyertai sambutan itu secara maya, dalam segmen yang dirakam terdahulu.



Dalam catatan di Facebook beliau semalam, Puan Halimah menyatakan bahawa beliau rasa bangga walaupun skala perbarisan tahun ini dikurangkan, dan berharap agar ia dapat memaparkan kekuatan, ketabahan dan perpaduan rakyat Singapura.



"Kita telah menempuh perjalanan yang jauh sejak 1965, dan kita akan melangkah lebih jauh lagi. Marilah kita bersama-sama kekal teguh dan mengatasi krisis yang berlaku sekarang. Majulah Singapura!"



Bagi Encik Lee, beliau akur bahawa istiadat perbarisan pagi semalam sangat berbeza berbanding Perbarisan Hari Kebangsaan yang lazimnya meriah.



"Namun kontinjen perarakan, dan segmen kegemaran tahunan, Terbang Lalu Bendera Negara dan tabik hormat jet pejuang F-15SG, masih membawa keghairahan dan menyentuh hati semua orang, sama ada mereka berada di platform terapung ataupun menontonnya di televisyen di rumah," kata Encik Lee dalam posnya di Facebook semalam.



Dua helikopter Chinook, yang setiap satu membawa bendera Singapura dan diiringi sepasang helikopter AH-64 Apache, melalui kawasan kejiranan di serata negara, untuk membawa segmen kegemaran ramai itu lebih dekat kepada warga Singapura.



Selama 45 minit, bendera Singapura diterbangkan di dua laluan - Timur dan Barat.



Penduduk di beberapa estet kejiranan juga berpeluang melihat enam jet pejuang F-15SG terbang dalam formasi delta yang rapat.



Formasi itu melambangkan bagaimana warga Singapura dengan kekuatan, keinginan dan perpaduan kolektif, akan dapat terus maju sebagai satu negara, meskipun berdepan keadaan yang mencabar.



Encik Lee menambah: "Harapan saya untuk Singapura tahun ini adalah walaupun negara kecil kita dilanda cabaran, kita akan menghadapi dan mengharunginya sebagai satu negara, seperti mana yang kita sentiasa telah lakukan."



Laporan tambahan NUR SYUHRAH HASSAN




"Kita telah menempuh perjalanan yang jauh sejak 1965, dan kita akan melangkah lebih jauh lagi. Marilah kita bersama-sama kekal teguh dan mengatasi krisis yang berlaku sekarang. Majulah Singapura!"
- Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan di Facebook semalam.



"Namun kontinjen perarakan, dan segmen kegemaran tahunan, Terbang Lalu Bendera Negara dan tabik hormat jet pejuang F-15SG, masih membawa keghairahan dan menyentuh hati semua orang, sama ada mereka berada di platform terapung ataupun menontonnya di televisyen di rumah."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang akur bahawa istiadat perbarisan pagi semalam sangat berbeza berbanding Perbarisan Hari Kebangsaan yang lazimnya meriah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >