Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seniman teater mapan Nadiputra tak lelah perjuang seni bangsawan negara

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



SENIMAN teater Nadiputra telah berkecimpung dalam bidang seni sejak lebih lima dekad lalu dan hingga hari ini, pada usia yang telah mencecah 75 tahun, beliau masih bergiat aktif menerusi pelbagai peranan.



Beliau, yang nama sebenarnya Almahdi Al-Haj Ibrahim, antara lain bergelar penulis drama, pengarah, penerbit dan pelakon, dan telah berusaha meningkatkan kesedaran dan minat orang ramai dalam bangsawan dan puisi menerusi pementasan, pengarahan dan penulisan skrip bagi pelbagai penerbitan termasuk bangsawan berskala besar, Raden Mas, pada 2016.



Datuk seorang cucu itu kini sedang mengusahakan dua bangsawan yang boleh dijangkakan dalam separuh pertama tahun depan, di samping membimbing kumpulan Teater 2000, kumpulan penulisan Tinta T2K, dan kumpulan Koir Harmoni Orkid.



Dengan pengiktirafan Nadiputra sebagai antara empat penerima Anugerah Pengelola Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) (The Stewards of Intangible Cultural Heritage Award) semalam, beliau akan memulakan satu projek baru pula untuk menulis buku tentang bangsawan di Singapura menggunakan geran projek $20,000 yang ditawarkan.



"Geran ini adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk memperkasakan lagi bangsawan dengan corak pembukuan. Dengan membukukan bangsawan Singapura, dan mengadakan bengkel bangsawan menerusi pembukuan itu, saya rasa anugerah ini berbaloi dari segi memberi lagi saya rangsangan untuk terus berusaha dan memikul amanah bagi menyelaraskan tujuan dan maksud ICH ini," katanya.



Nadiputra, yang merancang menyelesaikan projek itu dalam masa kurang setahun, juga berharap buku tersebut dapat menyentuh tentang ketulenan bangsawan dan perubahan yang telah berlaku kepadanya.



"Dari masa ke semasa, perubahan diperlukan. Mengapa perubahan itu perlu? Mengapa bila berubah, ia tidak merosakkan bangsawan? Sebab perkara-perkara ini mengikut peredaran waktu. Zaman dahulu tidak ada teknologi. Apabila ada teknologi, banyak perkara boleh diterapkan dalam bangsawan.



"Itu yang perlu diketengahkan dan dicari pencerahan di kalangan pengusaha bangsawan hari ini supaya tidak berbalah dan berselisih faham tentang apa itu bangsawan dan ketulenan bangsawan," katanya.



Nadiputra turut menekankan pentingnya mendedahkan generasi muda kepada bangsawan dengan memberi mereka peluang bergiat aktif dalam pementasan itu, bukan hanya dalam lakonan tetapi dalam aspek lain seperti mengusahakan peralatan bangsawan dan penulisan naskah.



"Jarang kita dapat melihat orang muda menulis bangsawan. Jadi dengan adanya kesempatan untuk memberi ruang bagi mereka menulis dan meluahkan pandangan mereka terhadap apa yang mereka inginkan dalam bangsawan dalam senario Singapura hari ini, saya rasa ini boleh menarik minat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >