Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG kekal kedudukan hab perkapalan utama dunia 8 tahun berturut

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA mengekalkan kedudukannya sebagai hab perkapalan utama dunia buat lapan tahun berturut-turut, menurut Indeks Pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Xinhua-Baltic (ISCD) 2021.



Ini diikuti oleh London, Shanghai, Hong Kong dan Dubai.



Menerusi satu kenyaaan semalam, Baltic Exchange, sebuah penyedia data pasaran maritim sejagat, berkata kedudukan lima hab perkapalan utama itu sama dengan tahun lalu meskipun di tengah-tengah perdagangan global yang berkurangan akibat pandemik Covid-19 dan gangguan terhadap perniagaan tahun lalu.



Indeks ISCD, yang merupakan sebahagian daripada laporan tahunan Xinhua-Baltic, diterbitkan oleh Baltic Exchange dengan kerjasama agensi berita China, Xinhua.



Indeks itu memberi ranking bebas tentang prestasi bandar terbesar dunia yang menawarkan khidmat pelabuhan dan perniagaan perkapalan.



Singapura mendahului indeks itu secara konsisten antara lain disebabkan saiz pelabuhannya, jumlah broker kapal yang tertumpu di peringkat antarabangsa, ahli kewangan, peguam dan syarikat insurans yang berpangkalan di sini, serta dasar pemerintah yang bersikap menyokong, menurut Laporan Xinhua-Baltic 2021 yang dikeluarkan semalam.



Ketua eksekutif Baltic Exchange Mark Jackson berkata ranking 2021 itu dihasilkan di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang serta gangguan besar terhadap kehidupan dan perniagaan di serata dunia.



"Meskipun terdapat cabaran ini, prasarana besar yang merangkumi orang ramai dan peralatan yang menyokong pergerakan berbilion tan barang perdagangan menerusi laluan laut di seluruh dunia kekal kukuh," ujar beliau.



Baltic Exchange turut merakam penghargaan kepada pusat maritim yang tersenarai dalam ranking tersebut bagi peranan mereka membantu peralihan perdagangan pada tahun yang mencabar.



Baltic Exchange, yang beribu pejabat di London, diperoleh Singapore Exchange pada November 2016.



Ketua Eksekutif Penguasaan Kelautan dan Pelabuhan (MPA) Quah Ley Hoon berkata status Singapura dalam industri maritim global merupakan hasil usaha sama ekosistem yang merangkumi ramai rakan kerja yang kukuh.



"Sokongan teguh dari pengendali pelabuhan, rakan kerja industri, persatuan dan kesatuan telah membolehkan (ekosistem) Maritim Singapura memenuhi keperluan sektor ini dan memainkan peranannya bagi memastikan rantaian bekalan global berjalan lancar di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini," ujarnya.



Cik Quah berkata MPA akan terus bekerja rapat dengan rakan kerjanya untuk menyediakan khidmat marin yang menyeluruh serta sekitaran perniagaan yang bersifat menyokong bagi khidmat perkapalan dan maritim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >