Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU HOMOSEKSUALITI

Shanmugam: Perundangan perlu seiring pandangan masyarakat

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG perlu seiringan dengan perubahan dan pandangan masyarakat dan terpulang kepada masyarakat Singapura untuk menentukan arah yang dituju termasuk yang berkaitan dengan undang-undang seksual di kalangan gay, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam semalam.



Bercakap kepada media, Encik Shanmugam merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung India kelmarin yang memutuskan bahawa homoseksualiti bukan satu jenayah.



Ia mengubah akta Seksyen 377 Kanun Keseksaan India, yang menentukan bahawa hubungan seksual di kalangan gay yang dipersetujui sebagai jenayah.



Apabila ditanya mengenai keputusan itu, Encik Shanmugam berkata: "(Di Singapura) jika anda melihat isu ini, pandangan masyarakat sangat berpecah. Majoriti menentang sebarang perubahan kepada seksyen 377A, mereka menentang untuk menghapuskannya."



Bagaimanapun, kata beliau, terdapat golongan minoriti yang semakin bertambah bilangannya yang mahu memansuhkannya.



"Pemerintah berada di tengah-tengah," kata beliau sambil menambah isu itu berkaitan nilai-nilai sosial.



"Bolehkah anda memaksakan sudut pandang ini terhadap majoriti apabila (isu ini) begitu rapat dengan sistem nilai sosial," tambah beliau.



Encik Shanmugam berkata dari sudut pandangan peribadinya, sikap berhati-hati perlu diambil terhadap menganggap gaya hidup dan mereka yang terlibat sebagai melakukan jenayah.



"(Tetapi) adalah salah bagi saya untuk memaksakan pandangan peribadi saya mengenai masyarakat atau sebagai penggubal dasar."



Beliau menambah: "Justeru saya fikir masyarakat harus menentukan arah mana yang hendak mereka tuju, dan undang-undang perlu mengikut perubahan dalam masyarakat dan bagaimana masyarakat melihat isu-isu itu."



Di bawah seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura, seorang lelaki yang didapati melakukan perbuatan yang tidak sopan dengan lelaki lain boleh dipenjarakan sehingga dua tahun.



Encik Shanmugam juga teringat bagaimana mantan Perdana Menteri mendiang Lee Kuan Yew telah "bersimpati" dan "menyatakan pemahamannya terhadap golongan gay".



"Undang-undang itu ada tetapi pada umumnya tidak ada pendakwaan untuk tingkah laku peribadi," kata Encik Shanmugam.



"Orang secara terbuka mengakui diri sebagai gay, ada juga perarakan gay. Polis juga meluluskan pelesenan untuk acara mereka, tiada siapa yang didakwa kerana mengisytiharkan diri mereka sebagai gay," kata beliau yang ditukil akhbar The Straits Times.



"Jadi, bilakah sebenarnya kali terakhir seseorang telah didakwa?



"Kita hidup dengan cara kita, dan melaluinya. Tetapi sekiranya satu pihak menolak, anda akan menjangkakan pukulan balas besar."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >